Jumaat, 10 Mac 2017

DIET YANG DAPAT MENENTANG KANSER

Beberapa jenis makanan telah pun dikaitkan dengan penyebab kanser. Ia tidak menyebabkan secara langsung, tetapi apabila berbagai jenis kanser ditemui, makanan-makanan ini seringkali dijumpai dalam diet mangsa kanser itu. Anda ialah apa yang anda makan.




12 CIRI-CIRI MAKANAN CEGAH KANSER PERINGKAT AWAL

▶Elakkan atau sekurang-kurangnya had pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari
▶Kulit ayam atau Itik. cari ayam organik yang tidak diberi antibiotik atau hormon-hormon yang merangsangkan pertumbuhan
▶Daging organ seperti hati, ginjal, otak dan lain-lain.
▶Makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.
▶kurangkan atau elakkan sama sekali daging dan ikan yang dipanggang, digoreng, dan disalai. Jangan makan makanan yang hangus atau berminyak. Memanggang dalam ketuhar adalah lebih selamat.
▶Makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan-bahan pengawet seperti ikan masin, cencaluk, belacan, acar buah-buahan yang dijeruk, serta makanan diproses kemudian ditinkan
▶Kurangkan pengambilan garam, kicap soya dan MSG,
▶Pemanis kimia
▶ Jangan makan makanan yang telah berkulat.
▶Berhenti Makan GULA (GULA PUTIH) . KANSER MERUPAKAN PEMAKAN GULA. Dengan mengurangkan bahan makanan yang diperlukan oleh sel-sel kanser, anda boleh memperlahankan pertumbuhan KANSER.
▶Minyak Masak, marjerin produk-produk komersial yang berminyak dan mengandungi asid lemak trans (Minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen)

TUNGGU JANGAN MENGELUH !!

12 JENIS DIET KANSER YANG SIHAT

✔Kulit ayam, Itik hendaklah dibuang
✔Makan sayur-sayuran hijau (Kukus adalah lebih baik untuk kekalkan nutrien-nutrien dalam sayur tersebut)
✔Makan sekurang-kurangnya  tiga hidangan ikan ait sejuk, seperti salmon, tuna, tenggiri, kod. Ikan-ikan ini mengandungi asid lemak omega-3
✔Dapatkan banyak serat daripada sayur, buah-buahan, kekacang serta bijirin lengkap
✔ Taufu, soya, tempe secara regular.
✔Beli makanan berorganik
✔ Cendawan Jepun  "maitake" dan "shiitake"
✔Pilih Buah-buah, sayur-sayur segar, bijirin, kekacang. Tolak Kabohidrat yang diproses dan ditapis. Makan makana sehampir keadaan semulajadi yang boleh *bebas racun serang atau non gmo. Ia boleh mengandungi fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan, contohnya karotenoid dan flavonoid yang memberi perlindungan daripada kerosakan selular dan menyekat pertumbuhan kanser.

✔ Sentiasa minum air bersih " Air paip kita sekarang kelihatan seperti sup, iaitu sup kimia," kata Harvey dan Marilyn Diamond dalam buku mereka " LIVING HEALTH." Dapatkan penapis air yang menggunakan "reverse omosis" untuk menapis air minuman. Klick SINI PENAPIS AIR REVERSE OMOSIS.
✔Makan hidangan yang kecik tetapi kerap
✔Elakkan makan makanan yang disimpan semalam
✔Kurangkan minuman yang tingi kandungan gula

Selain pemakanan pesakit kanser yang haruslah sentiasa positif. Sokongan moral dari keluarga sangat penting untuk membantu mereka agar bebas dari kanser.

Saya akan sambung part seterusnya 10 JENIS KANSER PEMBUNUH LELAKI DAN WANITA

Sumber Gambar : Google Image
Sumber Rujukan : Better Health Series ( Kanser) By Dr.Bruce Miller




Tiada ulasan:

Copyright to VITAMIN DOT COM
Designed by UMIESUEstudio 2015