TIGA ASAS JENIS-JENIS KANSER
Sel-sel kanser bukan seperti sel yang normal. Ia membahagi secara liar, dan membiakkan sel-sel yang tidak normal disamping menyerang dan memusnahkan tisu-tisu normal.
BAGAIMANA KANSER BOLEH TERJADI
Terdapat beberapa teori mengenainya. Yang paling meluas diterima ialah teori "dua pukulan". Peringkat kerosakkan mesti berlaku kepada sesuatu sel sebelum ia berpotensi menghidap kanser. Namun demikian, sistem imun yang aktif mampu memberikan banyak perlindungan.
Teori "dua pukulan" terdiri daripada satu PEMULA dan satu PENGGALAK. Nukleus sesuatu sel mengandungi semua data untuk terkandung di dalam kromosom. Jika banyak kerosakan berlaku kepada data "pembahagian sel", ini boleh menyebabkan pembentukkan sel berasaskan data yang buruk. Ini mungkin suatu sel yang membahagi secara liar dan sel kanser menceroboh. PEMULA lazimnya terdiri daripada radikal bebas yang keluar dari radiasi, asap rokok dan kimia-kimia yang lain.
PERTAHANAN SEPERTI DALAM "PEPERANGAN BINTANG"
Setiap orang antara kita berhadapan degan "pemula" dan "penggalak" setiap hari. Barangkali kita mencipta sel-sel kanser beribu-ribu kali dalam hidup kita. Tetapi sistem pertahanan kita, apabila ia dalam keadaan baik, mampu memberikan kita perlindungan yang begiti teguh. Di sinilah nutrisi memainkan peranan yang besar.
kita mengetahui bahawa sesetengah kanser mempunyai hubung kait dengan kekurangan paras-paras nutrien tertentu, umpanya, beberapa bentuk kanser paru-paru dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A atau beta-karotena, Vitamin C dan Vitamin E. kita juga mengetahui bahawa senua nutrien ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan berbagai fungsi sistem imun kita. Oleh itu satu kunci bagi pencegahan kanser ialah mengekalkan sistem imun dalam keadaan nutrisi yang optimum. Baca Sini ⏩ MANTAPKAN PERISAI TUBUH.
Untuk entri seterusnya pendedahan kepada 10 JENIS KANSER PEMBUNUH LELAKI DAN WANITA
Sumber Gambar : Google Image Shaklee Malaysia, Better Health Series (Kanser) Dr.Bruce Miller
Sumber Rujukan : Better Health Series (Kanser) Dr.Bruce Miller
Tiada ulasan:
Catat Ulasan