Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, "Pada tahun 2000, terdapat 40,244 kemasukkan ke hospital-hospital kerajaan untuk rawatan kanser, meningkat 54% daripada 26,142 kemasukkan 10 tahun dahulu, iaitubpada tahun 1991 ke 2,832 kematian pada tahun 2000." (Akhbar "THE SUN, "hari Selasa 1 Oktober, 2002)
Ada berita baik di sambing berita Buruk. Berita baiknya ialah kadar kematian sebenarnya telah pun menurun. Ini disebabkan oleh penurunan sebanyak 50% dalam bilangan lelaki yang merokok, lebih menyedari kerosakan akibat cahaya matahari, pengesanan awal, dan juga rawatan segera. Tetapi penurunan kadar kematian ini hanya buat seketika sahaja. Inilah berita buruknya. Kejadian kanser-kanser baru masih lagi meningkat. Ini bermakna kadar kematian sekali lagi akan meningkat apabila mereka yang menghidapi kanser baru mula menemui maut.
Pengesanan yang lebih baik dan penuaan tidak dapat menerangkan dengan mencukupi peningkatan luar biasa kejadian kanser sejak 1971. Nyata sekali bahawa peningkatan ini dapat diterangkan dengan lebih baik oleh perubahan dan pendedahan kepada jisim yang menyebabkan kanser dan kekurangan mengambil nutrisi yang mencegah kanser.
Kita sebenarnya mencapai banyak kemajuan dari segi rawatan kanser - berbagai jenis "pengimbas" untuk mengdiagnos, ubat-ubatan dan gabungan ubatan yang beraneka jenis, berpuluh-puluh kaedah radiasi dan teknik pembedahan yang canggih. Namun Demikian, meskipun terdapat segala kemajuan ini yang diperolehi melalui penyelidikkan kanser yang semakin meningkat, pihak kerajaan masih lagi belum menekankan usaha pencegahan kanser.
MENGAPA KITA MENGALAMI KEKALAHAN PERANGI KANSER?
Renungkan kata-kata ini yang oleh Dr.John C.Bailor dari Falkuti Kesihatan Awam Universiti Havard. "Kesimpulan penting yang diperolehi usaha gigih yang dilakukan selama kira-kira 35 tahun dahulu sebahagian besarnya menumpukan pembaikkan rawatan, terpaksa dianggap suatu kegagalan terbatas. Sebab-sebab kegagalan ini perlu diperiksa dengan teliti, tetapi sementara itu mungkin pendekatan kita menangani kanser perlu diubah. Harapan untuk pesakit kanser untuk sembuh ialah pencegahan kanser". Kunci sebenar dalam perangi kanser ialah rawatan yang lebih baik seperti yang telah cuba sekian lama, tetapi PENCEGAHAN YANG LEBIH BAIK.
KAJIAN MENYELURUH PERANGI KANSER
Terdapat beratus-ratus kajian sahih seluruh pelusuk dunia yang membuktikan kekuasan perubahab diet dan pengambilan makanan-makanan tambahan yang wajar terhadap pencegahan kanser !! potensi kemenangan yang mungkin dicapai ialah memanipulasikan diet , justeru itu kita dapat mengurangkan risiko beberapa bentuk kanser. "Bukti-bukti terus datang mencurah-curah setiap hari mengenai kejayaan perubahan diet dan pengurangan risiko kanser" dipetik dari "The American Institute of Cancer"
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT
Kita tidak mengetahui dengan tepat mekanisme nutrien-nutrien ini, demikian juga tentang mekanisme kebanyakkan drug, magupun aspirin sekalipun. sama ada jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jadi untuk mengetahui dengan lebih mendalam marilah kita mengkaji dengan cara yang betul untuk mencegah atau menyembuhkannya. Malangnya kita tidak berupaya menghabiskan masa menunggu selama 20 tahun lebih. Anda perlu bertindak sekarang juga !! Jika bukti yang sahih menunjukkan sesuatu tidak berbahya dan ia berkesan, gunakan sekarang juga kemudian selidik untuk mengetahui bagaimana ia berkesan.
Untuk Entri Seterusnya saya akan kupas Diet Yang Dapat Menentang Kanser
Sumber Gambar : Google Image
Sumber Rujukan : Better Health Series ( Kanser) By Dr.Bruce Miller
Tiada ulasan:
Catat Ulasan