KENALI KULIT ANDA SEBELUM MEMILIH SKINCARE BAGAIMANA PENJAGAANNYA JOM BACA !!
Kita semua inginkan kulit yang cantik dan sihat, jadi pemilihan koleksi penjagaan kulit dengan betul adalah sangat penting
Lihat Gambarajah 1
BERITA HEBAT TENTANG KULIT IALAH IA SENTIASA MEMPEBAHARUI DIRINYA.
EPIDERMIS
Lihat gambarajah di atas, Epidermis memperlahankan kadar kehilangan lembapan dari lapisan bawah. Ia juga mengandungi sel penjana pigmen yang memberi warna kepada kulit dan boleh menjadi punca nada kulit tidak sekata. Dalam satu kitaran empat minggu secara berterusan, sel hidup bergerak dari bawah epidermis ke permukaan kulit
DERMIS
Ialah bahagian dalam kulit. Ia terdiri daripada kolagen dan serat elastin yang menyokong komponen penting dalam kulit. Apabila lapisan ini dihidratkan, kulit lebih muda dan tampak halus.
Nota Kecil : Apa maksud DEHIDRASI
Kulit yang dehidrasi akan kering dan memunculkan garis- garis halus terutama disekitar mata dan dahi. Jika tidak segera diatasi sel kulit akan mati dan kulit menjadi kusam. Perubahan suhu yang sering dapat menyebabkan kulit dehidrasi.
BERAPAKAH UMUR ANDA?
SEJAUH MANA KULIT ANDA MENDEDAHKAN USIA ANDA?
Lihat dan tenung seluruh muka anda? adakah berminyak? jerawat? pori anda terbuka, sensitif? jom Cik Keen bantu anda kenal Jenis Kulit anda dan cari solusi untuk SELESAIKAN MASALAH KULIT ANDA.
KULIT KERING
Kulit kering selalu berasa ketat dan mungkin disertai garis-garis halus. Porinya lebih kecil tetapi kulit berasa kering dan kasar jika disentuh. Keperluan Utama kulit kering adalah menambahkan lembapan dan menghidratkan semula kulit bagi mengurangkan kedutan dan pengelupasan.
CADANGAN SKINCARE DAN VITAMIN
ESP, VITA E, VITAMIN C
NUTRIWHITE
KULIT NORMAL
Kulit Normal kelihatan licin, halus serta mempunyai nada kulit yang sihat. Tekstur kulitnya halus dan porinya tidak ketara. Tumpuan untuk kulit normal adalah mengekalkan keseimbangan. lembapan supaya kulit kekal sihat.
CADANGAN SKINCARE DAN VITAMIN
CAROTOMAX, B COMPLEX, VITAMIN C
KULIT BERMINYAK
Ciri-ciri kulit berminyak adalah ketara porinya kasar dan kulit kelihatan berkilat. Sebum berlebihan menyebabkan pori tersumbat dengan kotoran dan minyak berlebihan. Tumpuan untuk kulit berminyak adalah mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yang tersumbat dengan kotoran dan minyak berlebihan.
CADANGAN SKINCARE DAN VITAMIN
ESP , GLA COMPLEX, VITAMIN C
NUTRIWHITE
KULIT KOMBINASI
Jenis kulit agak Lazim. Kulit Jenis ini agak normal kecuali kawasan Zon T adalah berminyak sementara kawasan lain di muka adalah kering dan normal. Tumpuan bagi kulit jenis ini adalah memastikan kulit sihat dan seimbang dengan menghidratkan kawasan kering dan mengawal tempat yang lebih berminyak.
CADANGAN SKINCARE DAN VITAMIN
ESP, B COMPLEX, VITA C
NUTRIWHITE
ENFUSELLE
KULIT SENSITIF
Kulit sensitif adalah cabang kepada empat jenis kulit utama. Kulit boleh menjadi terlalu sensitif tanpa mengira jenis kulit dan kebanyakannya berlaku infeksi kepada produk penjagaan kulit. Tanda-tanda kulit sensitif termasuklah gatal-gatal kemerahan dan kekeringan. *Beri perhatian pada kulit anda. Tumpuan pada kulit ini adalah memastikan pemilihan kulit yang bebas dari kimia atau merkuri serta mengambil vitamin untuk mengawal kesan persekitaran untuk alergik atau alahan.
CADANGAN SKINCARE DAN VITAMIN
ESP, CAROTOMAX, VITAMIN C & B COMPLEX
ENFUSELLE
UNTUK PEMBELIAN SILA HUBUNGI SAYA SHAKLEE BEAUTY CONSULTANT
Klick sini untuk p
PERINGATAN :
Setiap cadangan vitamin dan skincare haruslah mengikut kesesuaian setiap masalah kulit anda.
ANDA BERHAK CANTIK
TESTIMONI SENDIRI DAN VITAMIN CANTIK SAYA AMALKAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan