WANITA DAN KECANTIKKAN BUKAN SEKADAR WAJAH YANG CANTIK
Kecantikkan sejati menyinari dari dalaman, dan wanita paling jelita kecantikkan dalaman menyerlah membayangkan harmoni dalaman. Berbeza dengan pakaian dan komestik atau fesyen rambut. Kecantikan itu bergantung kepada kesihatan sempurna, fizikal, emosi, spiritual. Wanita yang inginkan kecantikkan harus terlebih dahulu memberi perhatian kecantikkan dalaman.
Sesetengah wanita mempercayai kecantikkan itu seerti dengan rupabentuk yang cantik. Mereka berasa diri mereka tidak akan menjadi menarik kerana potongan badan mereka tidak sempurna atau merasa diri mereka tidak "cun" atau "bergaya". Konsep kecantikkan bagi mereka adalah senawati, pramugari dan fesyen yang muda lagi cantik (Biasanya tiada otak) - By Dr.Bruce Miller. Wanita yang merasakan demikian kadangkala berputus asa dengan rupabentuk sendiri kerana berasa gagal memenuhi piawaian yang begitu halus, artifilisial dan tidak realistik.
Ubah cara berfikir, Cantik bukan hanya pada paras rupa, dan ketahuilah setiap wanita punya keistimewaan yang tersendiri. Jadi Serlahkan kecantikkan anda bermula dari dalaman. Istilah Cantik dan Kewanitaan Sejati bermula dari
✔💆 RAMBUT YANG SIHAT
✔💆 KUKU YANG CANTIK DAN SIHAT
✔💆 JIKA DIJAGA RAPI DAN KEMAD AKAN MENJADIKKANNYA KELIHATAN BERSERI-SERI DAN MENAWAN.
MENGAPA MEMBERATKAN RUPA BENTUK
Kecantikkan fizikal tidak harus dianggap sebagai perkara paling penting, namun kebanyakkan wanita masih suka kelihatan berseri-seri dan merasa menawan. Badan anda memancarkan citra diri dari dalam. Disamping itu rupa bentuk anda boleh mempengaruhi paras yakin diri serta hormat diri.
Wanita amat suka bila diri kita diberikan nilai, namun dunia sebenar tidaklah begitu, lebih-lebih lagi jika membabitkan tanggapan pertama. Kita harus sedar mengenai peri pentingnya rupa bentuk kita mempengaruhi penerimaan orang lain terhadap kita. Tanggapan pertama adalah banyak bergantung kepada rupa bentuk kita. Sejak zamah lampau Yunani Kuno, Aristotle telah dirakamkan berkata "Kecantikkan peribadi ialah pengesyoran lebih sempurna daripada sepucuk pengenalan"
Maksud tersirat "Kecantikkan Dalaman lebih Utama daripada Kecantikkan Rupa Bentuk"
Tahap permulaan rambut, kulit dan kuku yang cantik terletak pada pemakanan optimal. Dalam kehidupan moden dan teknologi yang pesat ini ramai wanita yang terperangkap dengan pemakanan serba kurang demi mencapai kecantikan maksimum. Wanita yang mengabaikan diet mereka sering menghadapi masalah pemakanan yang tidak sempurna. Permintaan,desakan di rumah, perniagaan daj kerjaya sering menjadi punca utama mengapa wanita mengabaikan pilihan pemakanan yang cermat. Akibatnya bukan sahaja kesejahteraan dalaman kita tergadai malah rupabentuk kita juga akan terjejas.
KECANTIKKAN ITU SETIPIS KULIT ANDA
Kecantikkan fizikal hanya terhad pada kulit. Ia melicinkan bonggol, sendi dan jika kesihatan anda sempurna, ia laksana batu marmar yang paling halus. Kecantikkan itu benar-benar setipis kulit anda. Apabila kita berkata "anda kelihatan begitu cantik", kita cuma memperkatakan kulitnya. Melalui kulit dapat didedahkan sejauh mana anda menghormati badan anda. Umpanya sama ada anda mengambil makanan tambahan yang betul, pemilihan penjagaan kulit muka yang betul , pemakanan yang sihat, tidak merokok.
Ia akan mendedahkan sama ada organ kita berfungsi dengan sempurna.
💆Adakah kulit anda membayangkan tentang diri anda seperti yanh di idamkan?
💆 Adakah ia membayangkan diri anda sebagai seorang wanita sihat dan menarik yang menjaga badan dan diri dengan rapi?
💆 Ataupun sebaliknya kulit yang kasar, kering kendur itu seakan-akan memberikan tanggapan bahawa anda kurang berminat?
💆 Apakah jenis pernyataan yang disampaikan oleh kulit mengenai kulit anda?
KULIT ORGAN PALING PENTING
Kulit adalah organ terbesar bagi badan anda. Jika ia dipanjangkan, bidangnya kira-kira sebesar 18 kaki persegi. Ini bermaksud begitu banyak sel yang harus dipelihara dan digantikan.
Kebanyakkan orang menganggap kulit sebagai organ yang pasif, tetapi ia sebenarnya sangat sibuk. Apa yang kelihatan itu akan menceritakan apa yang tersirat pada keseluruhan badan. Banyak penyakit telah menjelma pada kulit sebelum anda benar-benar merasa sakit.
TANDA AWAL PENYAKIT MELALUI KULIT
🔴 Kulit yang pucat barangkali anda kekurangan Zat Besi
🔴 Kulit yang mudah lebam disebabkan paras vitamib C yang rendah.
🔴 Ruang mata yang bengkak menunjukkan gangguan buah pinggang
🔴 KURANG TIDUR juga menyebabkan kulit anda kurang bermaya.
🔴 Stress biasanya menyebabkan kulit anda kusam dan mempercepatkan kulit anda menua lebih cepat sebelum tua.
TAHUKAH ANDA
🔴 Bila merasa MALU Kulit anda secara mendadak dipenuhi banyak darah. Ini menyebabkan muka kemerahan.
APAKAH TUGAS KULIT
kesimpulannya, wajah yang cantik datannya dari tubuh badan yang sihat, kuku yang bersih dan berkilat, kulit yang bersih serta rambut yang sihat. Bila EMPAT ELEMEN ini anda jaga. Makan kecantikkan dalaman anda akan terserlah. Ya inilah yang dikatakan NATURAL BEAUTY
STRUKTUR DAN REKABENTUK
Kulit terdiri daripada dua lapis : bahagian epidermis yang anda dapat lihat dan rasa; dan bahagian dermis yang merupakan lapis di bawah epidermis. Bahagian dermis mengandungi hujungan saraf, saluran darah, kalenjar peluh dan kalenjar minyak. Ia juga merupakan bahagian yang sentiasa menghasilkan sel-sel kulit baru.
Apabila sel-sel baru terbentuk pada bahagian dermis, ia didorong ke bahagian epidermis untuk menggantikan sel-sel epidermis yang tua dan uzur. Sel-sel kulit yang mati sentiasa digosok atau dibuang oleh sel-sel kulit baru. Jadi bagaimana pemakanan itu dibabitkan dalam proses ini?
Bahagian dermis hanya boleh menghasilkan sel-sel kulit baru setimpal dengan nutrien-nutrient atau produk penjagaan kulit muka yang dibekalkan untuknya. Produk penjagaan muka atau nutrien-nutrien ini merupakan "bahan mentah" bagi sel-sel tersebut. Oleh itu, pemakanan dan pemilihan produk yang selamat dan berkesan adalah perlu bagi kulit yang muda dan sihat.
STAY TUNNED saya akan sambung part seterusnya PEMELIHARAAN KULIT.
Sumber Gambar : Google image
Sumber Rujukkan : Siri Kesihatan lebih sempurna
NOTA KECIK CIK KEEN
pssst : Jika rasa bermanfaat sila shared tau, kalau nak copy jangan lupa kredit : www.vitamindotcom.blogspot.com 😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan