IKUTILAH ARAHAN INI UNTUK MEROSAKKAN KULIT ANDA
Sememangnya kebanyakkan kita kini sudah maklum tentang kesan-kesan buruk matahari terhadap kulit kita. Ia boleh menyebabkan kulit kita kelihatan tua sebelum tua, berkedut, kering dan berbintik dan kasar. Jangan risau, terdapat nutrien tertentu serta produk penjagaan muka yang boleh membantu mengurangkan atau memulihkan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.
Satu lagi perosak ialah asap rokok. Bahan toksin ini menguzurkan kulit dan menyebabkan ia kurang elastik. kedut juga terbentuk dengan awal dan kulit kita nampaknya begitu sesuai untuk warna tembakau. Asap yang dimasukkan boleh jadi berasal daripada rokok anda atau rokok orang sebelah.
Bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerosakan kulit ialah kafien yang berlebihan, alkhohol dan lain-lain ubatan. Toksik perindustrian, ekzos kereta, dan toksin air juga boleh menjejaskan kulit dengan teruk
GAMBAR RAJAH 1
Lihat gamba rajah di atas, yang ini dipanggil elastin pada fiber kulit, bayangkan bila selalu terdedah kepada sinaran uv, elastin pada kulit akan berkurang menghasilkan enzim elastik untuk perbaharui sel kulit mati. Secara jelas bila selalu terdedah dengan matahari, kulit akan rosak dan belum sempat nak perbaiki sel baru terdedah lagi dengan sinaran uv tanpa protection. Sebab tu lah kulit kita boleh tua sebelum tua. Ngeri kan umur muda lagi tapi kulit dah kendur. Puteri Lilin? tak boleh kena panas langsung? pedulikan kata orang sekeliling penipisan lapisan ozon membuatkan cuaca lebih panas daripada biasa. Kesan pada kulit? semestinya !!
Berita baik ialah nutrien-nutrien tertentu boleh memberikan perlindungan daripada banyak masalah tersebut yang biasanya di luar kawalan kita.
Stay Tunned Cik Keen Akan sambung part seterusnya nutrien-nutrien yang perlu bagi kulit sihat dan cerah. Habis part nutrien Cik Keen Janji, cik keen kongsi Pemilihan Produk Penjagaan Muka sesuai untuk semua jenis kulit.
Sumber gambar : Google Image
Sumber Rujukan : Siri Kesihatan Lebih Sempurna
Nak Copy? boleh je jangan lupa kredit ke www.vitamindotcom.blogspot.com
kalau rasa bermanfaat? shared tau artikel ya.. muahh ciked
Tiada ulasan:
Catat Ulasan