Khamis, 20 April 2017

BEKALAN EKSTRA BAGI KULIT

DIET SEIMBANG UNTUK KULIT YANG CANTIK SEMPURNA.



Diet anda harus mengandungi lemak yang rendah, gentian yang tinggi serta makanan yang banyak nutrien. Ia harus tidak mengandungi banyak bahan perisa tambahan serta lain-lain bahan yang membebankan badan. Berikut ialah petua untuk membeli belah. JIKA IA TIDAK REPUT, JANGAN BELI LANGSUNG. (BAHAN PENGAWET)

Anda boleh menambahkan yang lebih baik ini untuk menjamin kulit anda kelihatan lebih sempurna.

KEKERAPAN :

Pastikan anda menerima 30gm gentian dan lapan gelas air sehari. Jika anda tidak begitu pasti dengan pengambilan gentian, tokok sahaja tambahan gentian masih selamat untuk sistem penghadaman. Laksatif herba juga penting sambil anda himpunkan gentian dalam diet anda. Jika anda mudah membuang air besar berwarna perang muda setiap 24 hingha 36 jam, maka pengambilan gentian mungkin sudah mencukupi.

ZAT BESI :

Sebagai Insurans pemakanan, anda harus menerima 15mg zat besi sehari. Biasanya multivitamin/mineral yang baik boleh membekalkan amount ini. Jika anda mengalami aliran darah yang banyak semasa haid bulanan, anda perlukan lebih pengambilab zat besi.

KALSIUM :

Adakah anda meminum 3 gelas susu setiap hari? jika tidak, anda harus mengambil sekurang-kurangnya 150mg kalsium bagi setiap gelas susu yang anda tidak minum.

MULTIVITAMIN/ MINERAL YANG PENTING :

Pengambilan setiap hari dan pemilihan yang membekalkan sekurang-kurangnya 100 peratus ketetapan U.S RDA bagi semua vitamin dan mineral kecuali kalsium dan magnesium. Kedua-dua ini merupakan mineral pukal yang sukar dijadikan tablet. Sesetengah tablet mengandungi 100 peratus U.S RDA bagi kalsium dan magnesium tetapi tidak larut dengan betol kerana ketumpatan tablet. Tambahan multi merupakan asas kepada keseluruhan program pemakanan kecantikkan yang bakal diikuti.

MASALAH DAN PENYELESAIAN TERHADAP PERMASALAHAN KULIT

Setakat ini anda telah mengenal pasti diet yang sempurna. Makanan tambahan yang betol, gaya hidup yang sihat serta pandangan yang positif adalah perlu bagi memelihara kulit yang cantik. Untuk memberikan maklumat lanjut
lihat senarai dibawah untuk penyelesaian masalah umum serta cadangan-cadangan pemakanana yang perlu. Barangkali ia dapat menyelesaikan sesetengah masalah tersebut.

KULIT KERING

Hadkan daging merah dan gunakan minyak zaitun sebagai asas minyak masak dan minyak salad. Berikan lebih perhatian kepada EPA (minyak ikan), vitamin E dan beta karotena. Minyak ini akan menyerap ke dalam epidermis menerusi kalenjar sebum yang terdapat pada bahagian dermis serta membantu kulit kekal lembut dan tidak cepat kering. Lebihan protin boleh membantu kulit anda kekal lembab dan anjal. Protin dalam sel membantu mengekalkan kelembapan dan menjamin kulit halus dan lembut

KULIT BERKEDUT :

Punca utama terjadinya kedut dimuka ialah kelanjutan usia, banyak terdedah kepada matahari, merokok dan lain-lain bahan kimia persekitarann yang toksik. Untuk melengahkan perkembangan kedut dan pada kes-kes tertentu. Untuk mengawal apa yang telah terjadi, makan anda harus menumpukan buah-buah yang tinggi resceratol, vitamin C, beta karotena, vitamin E, EPA dan zink. Di samping itu, dapatkan tidur yang berkualiti dan rehat yang secukupnya.

KEROSAKAN MATAHARI:

Sememangnya, mulai sekarang anda harus mengelak dari terdedah kepad matahari. Gunakan nasihat sama yang diberi di atas tajuk (KULIT BERKEDUT). Gunakan pelembab kulit yang berkualiti setiap hari. Jika anda sering terdedah kepada matahari, gunakan pelindung matahari yang besar nilai SPF.

JERAWAT

Sesetengh wanita memperoleh masalah ini semasa haid. Biasanya dengan meningkatkan perangsang imun seperti protin, vitamin C, B kompleks, vitamin E, Zink dan beta carotena dapat menyelesaikan masalah ini. Bagi anak remaja, diet seimbang yang mengandungi lemak yang kurang gentian yang banyak merupakan asas yang munasabah. Kemudian tambahkan perangsang imun yang disebutkan , EPA serta laksatif herba juga. Diet yang kurang mengandungi daging merah dan lemak tepu,  mengandungi banyak ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan telah memabfaatkan ramai orang. Sesetengah masalah ini boleh menjadi tenat seperti akne sistik(baca sini apa itu jerawat sistik tekan ➡ SINI, anda pemilihan skincare yang betul serta mendapatkan nasihat daripada pakar kulit.

DERMATIS ATOPIK (Eczema)

Ini merupqkan gangguan kulit yang cenderung diwarisi. Ia boleh berkekalan dan amat gatal, merencatkan rupa, membangkitkan inflamasi dan melumpuhkan secara emosi. Ia sering berlaku pada keluarga yanh lazim dilanda asthma, rinitis alergik dan lain-lain masalah berkaitan dengan alergi. Jika ia berterusan, berundinglah dengan pakar kulit anda. Diet juga  boleh membantu dalam masalah ini . Pastikan anda peka terhadap makanan yang mencetuska  masalah itu dan cuba kurangkan atau elakkan terus. Susu dan barangan susu yang lain adalah punca yang umum. Makanan tambahan yang boleh membantu ialah protin yang bersumberkan kacang soya, perangsang imun yanh disebutkan tadi beserta EPA. Biasanya diet yang mengandungi lebih banyak gentian dan kurang daging merah boleh mendatangkab kesan yang baik.

SALURAN DARAH DILAT

Ini ialah garis-garis merah semacam sarabg labah- labah di bawah kulit  yang nqmpaknya tidak membahayakan, tetapi amat mengganggu dari segi komestik, (kulit anda sensitif). Kadangkala ia dikaitkan dengan kekurangan Vitamin C. Anda mungkin sudah mematuhi ketetapan diet yang seimbang, namun  disaat -saat ini anda masih memerlukan vitamin c  dalam amaun yang melebihi sesuai dengan masalah kesihatan anda. Tambahan vitamin C yang berlebihan biasanya boleh mendorong gejala ini hilang atau berhenti bertambah. Pastikan tambahan ini juga mengandungi bioflavinoid.

KESIMPULAN MENGENAI KULIT



Diet yang mengandungi lemak tepu yang rendah bergabung dengan paras tinggi pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain gentian adalah asas kepada kulit. Sementara anda  mengurangkan lemak dalam diet anda, kurangkab juga protin kerana begitu banyak sumber protin yang mengandungi tinggi lemak. Protin sangat penting untuk kulit jadi gantikan protin haiwan ini kepada protin tumbuhan berasaskan kacang soya untuk menambah diet anda yang mengandungi banyak sayur-sayuran.

Mari kita perhalusi secara lebih mendalam mengenai makanan yang anda akan ambil. Berikut adalah makanan yang harus anda elakkan atau hadkan dengan ketat.

🍴 Daging merah - Hadkan sekali seminggu

🍴 Apa jua jenis daging proses (sosej, nugget)

🍴Kulit ayam dan itik

🍴 Makanan bergoreng

🍴 Susu berlemak tinggi

🍴 Alkohol

🍴 Gula proses (Jangan ditambah ke dalam makanan)

JADI APA YANG TINGGAL SAYA BOLEH MAKAN? berikut adalah rancangan makanan yang disyorkan supaya kita semua dapat mematuhi untuk menjamin kesihatan dan kecantikkan yang baik, serta tenaga yang maksimum!!

🍴 Ayam dan itik (buang kulit)

🍴 Ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

🍴 Banyak buah-buahan

🍴 Sayur-sayuran

🍴 Kekacang (mengawasi kandungan lemaknya

🍴 Pasta

🍴 Bijirin dan bijian

🍴 Minum 3 litre air yang bersih

Setelah diet anda diatur rapi, menyusul dengan pemakanan tambahan yang dicadangkan anda juga perlu memilih set penjagaan muka yang bersesuaian dengan jenis-jenis kulit anda. Cik keen akan kupas satu persatu ya. Diet yang betul, pemakanan tambahan yang betul serta set penjagaan muka yang bersesuaian boleh menjaminkan kulit yang cantik bukan sahaja luaran tetapi kecantikkan  dalaman anda juga terserlah. Anda pasti terpesona dengan kesihatan kulit anda.

Sumber gambar : Google Image
Sumber Rujukan : Siri Kesihatan Lebih Sempurna

JIKA BERMANFAAT SILA SHARED TAU, KALAU NAK COPY SILA KREDIT :  www.vitamindotcom.blogspot.com ya.



Tiada ulasan:

Copyright to VITAMIN DOT COM
Designed by UMIESUEstudio 2015