Selasa, 25 April 2017

NUTRIWHITE SKINCARE



SISTEM NUTRIWHITE BERTINDAK DENGAN 5 CARA


✔ Mencegah (Anti-Aging)
✔ Mengurangkan
✔ Menyekat
✔ Mencerahkan
✔ Mempebaharui




PERBEZAAN NUTRIWHITE

πŸŽ€ Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar kulit di Jepun dan Amerika Syarikat.
πŸŽ€ 3 Tahun pembangunan produk
πŸŽ€ Pemilihan bahan aktif dan mentah, diperolehi di 16 buah negara
πŸŽ€ Ujian menyeluruh
πŸŽ€ Unik, pengwujudn ekslusif pelbagai dimensi pendekqtan untuk pemutihan
πŸŽ€ Gabungan ramuan yang optimum
πŸŽ€ Selamat dan berkesan
πŸŽ€ Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti yang digunakan dalam formula nutriwhite untuk mendapatkan manfaat maksimum tanpa risiko kesan sekunder
πŸŽ€ Paten-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit lebih putih, cerah dan bercahaya




GENTLE ACTION MAKE UP REMOVER





Tunas pokok Bic menghilangkan sel kulit mati, bintik hitam atau bintik putih (blackhead dan whitehead) dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit. Aleo vera menyegarkan kulit. Lembut, tidak berminyak dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER




Membersihkab dan menyegarkan kulit. Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel kulit mati. Alga hijau melembabkan kulit dan membersih hingga jauh kedalam untuk menghapuskan toksin. Strawberi Begonia mencerahkn dan mengimbangi pigmen.Menghapuskan kuman penyebab jerawat. Buih lembut dan menyegrkan.

SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTENER




Ia lembut, dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary. Kudzu menegangkan dan mencerahkan. Marshmallow melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semulajadi kulit. Percaylah ia sangat berkesan.

DAILY DEFENSE WHITENING ESSENCE





Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit.Strawberi Begonia untuk mengimbangi pigmen. Kacang soya untuk mepembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam (Jeragat). Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari. Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah. Lembut dan mudah diserap oleh kulit.

SPOT WHITENING TREATMENT




Memperbaiki kesan-kesan matahari serta mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit lebih tampak menawan. (Sesuai untuk kulit yang berjeragat). Kuasa pencerahan dari Likuoris dan Peony, amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit (Simptom Redness). Cats clew menegangkan kulit. Vitamin C aktif ditambah untuk memberi kesan kecerahan yang baru untuk kulit supaya lebih halus seperti remaja (Awet Muda). Lembut dan mudah diserap oleh kulit.

ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION




Licin, kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari. Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit. Pelembab yang bertindak keseluruhn muka. Melindungi daripda kesan matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

OVERNIGHT RENEWAL CREAM




Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit. Linden menyihatkan serta melembabkan kulit secara mendalam ke lapisan dermis. Scullcap mencerah meghilangkan rdang kulit. Vitamin C aktif ditambah untuk mengurangkan jeragat dan cela, mengembalikan keserian wajah. Pada waktu pagi anda akan terpesona dengan kulit yang gebu, halus dan cerah berseri. Percayalah

✔ Sesuai untuk umur 25 tahun dan ke atas.
✔ Sesuai untuk kulit berjerawat
✔ Sesuai untuk kulit kering
✔ cara pemakaian? Hubungi Cik Keen


SOALAN LAZIM

Banyaknya kena pakai.. kena beli semua?

Ada Set Basic Tak?

Kalau Cleanser dengan toner boleh kan?
Saya dah makan Vitamin B, C dan E, apa skincare yang perlu saya ambil?

Kulit saya berminyak, berjerawat sensitif boleh ke saya ambil Nuttiwhite?

Kulit saya kering tapi sering terdedah dengan matahari apa set yang sesuai untuk saya?

Kulit saya berminyak, ada jerawat, open pores, kulit saya ada garis-garis halus, ada eye bag pulak, malunya saya...ada tak suggestion untuk masalah kulit saya?


Mesti tertanya-tanya kan, set yang mana? sesuai dengan jenis-jenis kulit sebenarnya pemilihan skincare kena pilih ikut kesesuaian kulit dan masalah kulit, disinilah anda perlukan khidmat perunding kecantikkan.

Bila cerita atau baca mengenai kecantikkan mesti tak habis baca kan, yerlah bila timbul jerawat seketul pun kita dah runsing. Bila cari solusi kenalah cari hujung pangkal kan macam mana jerawat boleh timbul apa faktor, kenapa boleh timbul garis-garis halus, kulit dah kendur, kulit sensitif.

Part seterusnya Cik keen akan rungkai jenis-jenis kulit dan set-set yang sesuai untuk masalah kulit anda semua Stay Tunned.

Sumber : Panduan Nutrisi Shaklee
Sumber Gambar : Google Image





Khamis, 20 April 2017

BEKALAN EKSTRA BAGI KULIT

DIET SEIMBANG UNTUK KULIT YANG CANTIK SEMPURNA.



Diet anda harus mengandungi lemak yang rendah, gentian yang tinggi serta makanan yang banyak nutrien. Ia harus tidak mengandungi banyak bahan perisa tambahan serta lain-lain bahan yang membebankan badan. Berikut ialah petua untuk membeli belah. JIKA IA TIDAK REPUT, JANGAN BELI LANGSUNG. (BAHAN PENGAWET)

Anda boleh menambahkan yang lebih baik ini untuk menjamin kulit anda kelihatan lebih sempurna.

KEKERAPAN :

Pastikan anda menerima 30gm gentian dan lapan gelas air sehari. Jika anda tidak begitu pasti dengan pengambilan gentian, tokok sahaja tambahan gentian masih selamat untuk sistem penghadaman. Laksatif herba juga penting sambil anda himpunkan gentian dalam diet anda. Jika anda mudah membuang air besar berwarna perang muda setiap 24 hingha 36 jam, maka pengambilan gentian mungkin sudah mencukupi.

ZAT BESI :

Sebagai Insurans pemakanan, anda harus menerima 15mg zat besi sehari. Biasanya multivitamin/mineral yang baik boleh membekalkan amount ini. Jika anda mengalami aliran darah yang banyak semasa haid bulanan, anda perlukan lebih pengambilab zat besi.

KALSIUM :

Adakah anda meminum 3 gelas susu setiap hari? jika tidak, anda harus mengambil sekurang-kurangnya 150mg kalsium bagi setiap gelas susu yang anda tidak minum.

MULTIVITAMIN/ MINERAL YANG PENTING :

Pengambilan setiap hari dan pemilihan yang membekalkan sekurang-kurangnya 100 peratus ketetapan U.S RDA bagi semua vitamin dan mineral kecuali kalsium dan magnesium. Kedua-dua ini merupakan mineral pukal yang sukar dijadikan tablet. Sesetengah tablet mengandungi 100 peratus U.S RDA bagi kalsium dan magnesium tetapi tidak larut dengan betol kerana ketumpatan tablet. Tambahan multi merupakan asas kepada keseluruhan program pemakanan kecantikkan yang bakal diikuti.

MASALAH DAN PENYELESAIAN TERHADAP PERMASALAHAN KULIT

Setakat ini anda telah mengenal pasti diet yang sempurna. Makanan tambahan yang betol, gaya hidup yang sihat serta pandangan yang positif adalah perlu bagi memelihara kulit yang cantik. Untuk memberikan maklumat lanjut
lihat senarai dibawah untuk penyelesaian masalah umum serta cadangan-cadangan pemakanana yang perlu. Barangkali ia dapat menyelesaikan sesetengah masalah tersebut.

KULIT KERING

Hadkan daging merah dan gunakan minyak zaitun sebagai asas minyak masak dan minyak salad. Berikan lebih perhatian kepada EPA (minyak ikan), vitamin E dan beta karotena. Minyak ini akan menyerap ke dalam epidermis menerusi kalenjar sebum yang terdapat pada bahagian dermis serta membantu kulit kekal lembut dan tidak cepat kering. Lebihan protin boleh membantu kulit anda kekal lembab dan anjal. Protin dalam sel membantu mengekalkan kelembapan dan menjamin kulit halus dan lembut

KULIT BERKEDUT :

Punca utama terjadinya kedut dimuka ialah kelanjutan usia, banyak terdedah kepada matahari, merokok dan lain-lain bahan kimia persekitarann yang toksik. Untuk melengahkan perkembangan kedut dan pada kes-kes tertentu. Untuk mengawal apa yang telah terjadi, makan anda harus menumpukan buah-buah yang tinggi resceratol, vitamin C, beta karotena, vitamin E, EPA dan zink. Di samping itu, dapatkan tidur yang berkualiti dan rehat yang secukupnya.

KEROSAKAN MATAHARI:

Sememangnya, mulai sekarang anda harus mengelak dari terdedah kepad matahari. Gunakan nasihat sama yang diberi di atas tajuk (KULIT BERKEDUT). Gunakan pelembab kulit yang berkualiti setiap hari. Jika anda sering terdedah kepada matahari, gunakan pelindung matahari yang besar nilai SPF.

JERAWAT

Sesetengh wanita memperoleh masalah ini semasa haid. Biasanya dengan meningkatkan perangsang imun seperti protin, vitamin C, B kompleks, vitamin E, Zink dan beta carotena dapat menyelesaikan masalah ini. Bagi anak remaja, diet seimbang yang mengandungi lemak yang kurang gentian yang banyak merupakan asas yang munasabah. Kemudian tambahkan perangsang imun yang disebutkan , EPA serta laksatif herba juga. Diet yang kurang mengandungi daging merah dan lemak tepu,  mengandungi banyak ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan telah memabfaatkan ramai orang. Sesetengah masalah ini boleh menjadi tenat seperti akne sistik(baca sini apa itu jerawat sistik tekan ➡ SINI, anda pemilihan skincare yang betul serta mendapatkan nasihat daripada pakar kulit.

DERMATIS ATOPIK (Eczema)

Ini merupqkan gangguan kulit yang cenderung diwarisi. Ia boleh berkekalan dan amat gatal, merencatkan rupa, membangkitkan inflamasi dan melumpuhkan secara emosi. Ia sering berlaku pada keluarga yanh lazim dilanda asthma, rinitis alergik dan lain-lain masalah berkaitan dengan alergi. Jika ia berterusan, berundinglah dengan pakar kulit anda. Diet juga  boleh membantu dalam masalah ini . Pastikan anda peka terhadap makanan yang mencetuska  masalah itu dan cuba kurangkan atau elakkan terus. Susu dan barangan susu yang lain adalah punca yang umum. Makanan tambahan yang boleh membantu ialah protin yang bersumberkan kacang soya, perangsang imun yanh disebutkan tadi beserta EPA. Biasanya diet yang mengandungi lebih banyak gentian dan kurang daging merah boleh mendatangkab kesan yang baik.

SALURAN DARAH DILAT

Ini ialah garis-garis merah semacam sarabg labah- labah di bawah kulit  yang nqmpaknya tidak membahayakan, tetapi amat mengganggu dari segi komestik, (kulit anda sensitif). Kadangkala ia dikaitkan dengan kekurangan Vitamin C. Anda mungkin sudah mematuhi ketetapan diet yang seimbang, namun  disaat -saat ini anda masih memerlukan vitamin c  dalam amaun yang melebihi sesuai dengan masalah kesihatan anda. Tambahan vitamin C yang berlebihan biasanya boleh mendorong gejala ini hilang atau berhenti bertambah. Pastikan tambahan ini juga mengandungi bioflavinoid.

KESIMPULAN MENGENAI KULIT



Diet yang mengandungi lemak tepu yang rendah bergabung dengan paras tinggi pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain gentian adalah asas kepada kulit. Sementara anda  mengurangkan lemak dalam diet anda, kurangkab juga protin kerana begitu banyak sumber protin yang mengandungi tinggi lemak. Protin sangat penting untuk kulit jadi gantikan protin haiwan ini kepada protin tumbuhan berasaskan kacang soya untuk menambah diet anda yang mengandungi banyak sayur-sayuran.

Mari kita perhalusi secara lebih mendalam mengenai makanan yang anda akan ambil. Berikut adalah makanan yang harus anda elakkan atau hadkan dengan ketat.

🍴 Daging merah - Hadkan sekali seminggu

🍴 Apa jua jenis daging proses (sosej, nugget)

🍴Kulit ayam dan itik

🍴 Makanan bergoreng

🍴 Susu berlemak tinggi

🍴 Alkohol

🍴 Gula proses (Jangan ditambah ke dalam makanan)

JADI APA YANG TINGGAL SAYA BOLEH MAKAN? berikut adalah rancangan makanan yang disyorkan supaya kita semua dapat mematuhi untuk menjamin kesihatan dan kecantikkan yang baik, serta tenaga yang maksimum!!

🍴 Ayam dan itik (buang kulit)

🍴 Ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

🍴 Banyak buah-buahan

🍴 Sayur-sayuran

🍴 Kekacang (mengawasi kandungan lemaknya

🍴 Pasta

🍴 Bijirin dan bijian

🍴 Minum 3 litre air yang bersih

Setelah diet anda diatur rapi, menyusul dengan pemakanan tambahan yang dicadangkan anda juga perlu memilih set penjagaan muka yang bersesuaian dengan jenis-jenis kulit anda. Cik keen akan kupas satu persatu ya. Diet yang betul, pemakanan tambahan yang betul serta set penjagaan muka yang bersesuaian boleh menjaminkan kulit yang cantik bukan sahaja luaran tetapi kecantikkan  dalaman anda juga terserlah. Anda pasti terpesona dengan kesihatan kulit anda.

Sumber gambar : Google Image
Sumber Rujukan : Siri Kesihatan Lebih Sempurna

JIKA BERMANFAAT SILA SHARED TAU, KALAU NAK COPY SILA KREDIT :  www.vitamindotcom.blogspot.com ya.



Selasa, 18 April 2017

ALFAFA COMPLEX





PERBEZAAN SHAKLEE

Alfafa Complex merupakan formula SHAKLEE SIGNATURE yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee dalam tahun 1950an

Diperbuat daripada tanaman Alfafa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid dan bebas dari menggunakan bahan kompos/baja kimia. Alfafa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memeliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan Alfafa. Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki kedalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun Alfafa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mrngandungi 300mg Alfafa

MANFAAT UTAMA

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klotofil, serat, 15 galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfafa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu

🌿 MENCUCI HATI, DARAH DAN USUS

Ini adalah makanan yang sangat berakali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.

🌿 MELAWAN ALAHAN

Memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif, kurap bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan

🌿 BAIK UNTUK PATOLOGI USUS DAN PERUT

Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

🌿 MENYINGKIRKAN LEMAK DAN KOLESTEROL

Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfafa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfafa mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

🌿MELAWAN TUMOR

Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser daj membuang tumor.

🌿 MELEGAKAN KELETIHAN

Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

🌿 MENCEGAH / MELAWAN ATRITIS

Melegakan sakit sendi akibat artritis dan kesakitan

Back to Natural. Always Safe, Always Work, Always Green.

Cadangan :

Untuk Kesihatan Berpanjangan : 2 kali sehari 10 biji setiap pengambilan

Larutkan 10 biji Alfafa didalam air, campurkan 3 biji Shaklee Peppermint Gingger Plus dan jus buahan atau jus pekat untuk yang lebih enak. Ia baik untuk sistem usus dan perut. Sesuai diminum pada bila-bila masa

Untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah, melawan kanser : 3-4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan (diambil dengan air kosong)


HARGA SEBOTOL

SEMENANJUNG MALAYSIA - RM60.95 S (330 Tablet)
RM108.65 (700 Tablet)

EXCLUDE POSTAGE.


Isnin, 17 April 2017

CAROTOMAX





PERBEZAAN SHAKLEE

Pengambilan purata karotenoid Lutien, Likopena dan Beta Karotena adalah hanya 8mg. Carotomax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karotenoid berfaedah ini

Carotomax baru ini mengandungi 6 varieti karoten, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. Ahli Nutrisi mencadangkan pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan kosentrasi beta karotene di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.



MANFAAT UTAMA

🌿 LEBIH SELAMAT DARI VITAMIN A

Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun ahli sains menemui beta karotene pada tahun 1932, satu prekursor vitamin A, dan beta karotene didapati selamat untuk pengambilan.

🌿 MEMPERTINGKAT PENGLIHATAN

Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti ncytalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bag dan gegelung hitam dimata (panda eyes)

🌿 MEREDAKAN PENYAKIT KULIT

Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur (mengelupas), jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk memperbaiki pustule, scabies, akne dan ulser kulit.

🌿 MELINDUNGI EPITHELIAL

Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu (lapisan endometrial/ penebalan dan penipisan dinding rahim semasa kitaran haid), merawat ulser saluran usus.

🌿  MELAWAN KANSER DAN OKSIDASI

Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan Sistem Imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukkan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Selain itu juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida (perbahrui sel kulit yang mati)

🌿 MENGHALANG INFEKSI

Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru : batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema.

🌿 MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN NORMAL DAN SIHAT

Merangsang perkembangan kanak-kanak, remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi dan juga penghasilan sperma yang sihat.

MENGAPA CAROTOMAX

Mengandungi Fitokimia semulajadi yang pemting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa.



PERBANDINGAN JENAMA



MENGAPA WARNA KULIT KUNING?

Warna sebilangan kecil pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta karotena, walaubagaimanapun ini bukan penyakit jaundis. Carotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (berwarna kuning), serta detpksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi anti-oksidan biasanya akan berlalu untuo beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.

Back to Natural. Always Safe, Always Work, Always Green.

Cadangan :

Untuk pemeliharan kesihatan : 1 kapsul 2 kali sehari, (selepas makan)

Untuk penyakit mata, semasa rawatan penyakit ; 2 kapsul, 2 kali sehari

HARGA SEBOTOL

SEMENANJUNG MALAYSIA - RM82.15

EXCLUDE POSTAGE.



MEMELIHARA KULIT




Berita baik !! , Disini Cik Keen kongsikan nutrien-nutrien tertentu yang boleh memberikan perlindungan banyak masalah kulit serta solusi permasalahan tersebut yang biasanya terjadi di luar kawalan kita. Jom semak sambil teruskan membaca dengan santai hihi.

πŸ’ŠVITAMIN A BETA CAROTENE



Vitamin A adalah perlu bagi kulit dan rambut yang sihat. Kekurangan yang ringan juga boleh menyebabkan kulit memberikan reaksi buruk. Sel-sel permukaan serta yang terdapat pada beberapa paras dibawahnya akan menjadi kering dan mati, lalu tisu yang mati itu menyumbat liang roma dan pundi minyak. Ini akan menghasilkan bintik hitam dan bintik putih serta kulit yang menyerupai liang roma yang menegak. (Hodoh Namanya) Sentap?? Maafkan Cik Keen, Cik Keen pun sentap juga haha..

Tambahan pula, tanpa Vitamin A yang secukupnya kulit anda menjadi kering dan kasar, terutama bahagian siku, lutut, punggung dan di belakang tangan atas.

Untuk memilih multivitamin/mineral yang mengandungi ketetapan US.RDA bagi vitamin A iaitu sebanyak 5,000 I.U. Vitamin A ialah salah satu vitamin yang mungkin menjadi toksik jika diambil dalam ammount yang besar, namun tambahan sebanyak 5,000 I.U adalah amat selamat.

Vitamin A yang selamat ialah beta karotena. Ini merupakan pra-bentuk vitamin A. Badan kita akan menukarkan beta karotena menjadi vitamin A bila perlu. Inilah sumber vitamin A paling selamat, dan ia juga memberikan anda perlindungan daripada matahari.

Beta Karotena termasyhur sebagai antioksidan yang kuat. Dipercayai kerosakan yang berpunca dari asap rokok, serta banyak lagi item perosak kulit seperti yang disebutkan tadi, adalah disebabkan partikel antioksidan yang dikandungi, atau yang terdorong dihasilkan dalam badan. Beta Karotena boleh memberikan perlindungan hebat kerosakan yang sering dicetuskan oleh persekitaran kita . Nutrien yang  berkuasa ini boleh membantu memperbaiki sebahagian kerosakan yang menyebabkan kulit kelihatan tua.

Adakah anda kini mengalami masalah kulit tertentu? pertimbangkan senarai ini kerana ia mungkin berpunca paras vitamin A yang rendah.

πŸ’† Bintik Putih

πŸ’†Bintik Hitam

πŸ’† kulit kering dan bersisik

πŸ’† Bonggol kecil pada belakang tangan

πŸ’† Penuaan terlalu awal

Jika anda menepati senarai ini, sila ambil tindakan sekarang juga. Sememangnya masalah anda mungkin berpuncakan sebab-sebab yang lain, namum pemakanan merupakan satu langkah permulaan  pencegahan awal.

πŸ’ŠPROTIN YANG PENTING



Kulit licin dan kental bergantung kepada protin yang berkualiti tinggi. Protin mengukuh dan menegangkan kulit kerana ia mengandungi banyak gentian elastik yang menjadikan kulit kental. Seringkali, setelah anda kehilangan berat badan yang banyak, kulit anda kelihatan lendut sedikit. Jadi langkah terbaik untuk memperbaiki ketegangan kulit ialah melalui protin bersama vitamin C dan B kompleks.

Protin sangat penting bagi kulit yang baik kerana kulit itu sebebarnya protin. Ia merupakan protin yang dinamakan keratin. Protin berkualiti tinggi secukupnya ialah asas bagi kita. Tanpa protin, nutrien-nutrien yang lain tidak akan berkesan.

πŸ’Š"B" UNTUK (KULIT YANG) BAGUS



B Kompleks memberikan khasiat kepada kulit dari dalaman. Ia melicinkan garis ketegangan serta membantu melaraskan kalenjar tiriod untuk menghasilkan kulit cerah dan halus. Vitamin-vitamin B bertanggungjawab bagi melanin-pigmen yang membantu kulit anda menjadi perang. Lebih kerap anda terdedah kepada matahari, lebih vitamin B yang anda perlukan. B Kompleks  yang tidak mencukupi akan menyebabkan kulit perang yang berjalur dan bertompok (Jeragat) dan bukannya  kulit perang yang anda inginkan semasa bermandikan pantai.

Stress sehari-hari boleh menyebabkan kerosakan kulit dengan lebih cepat. Beberapa anggota B Kompleks dikenali sebagai "vitamin semangat" kerana ia berguna dalam membantu anda menangani stress dengan lebih berkesan.

Paras B Kompleks yang rendah boleh menyebabkan kemerahan di sekitar sudut hidung, bibir kering. Ia juga menyebabkan lidah.merah dan berkilat.

B Kompleks amat selamat walau diambil pada dos yang tinggi. B Komplex perlu untuk semua wanita di peringkat umur. Ia terlalu penting bagi kecantikkan keseluruhan.

πŸ’ŠVITAMIN E DAN KULIT MUDA



Kita sedia maklum tanda-tanda penuaan yang pertama akan muncul pada kulit dahulu. Bintik-bintik perang pada belakang tangan pergelangan tangan biasa terjadi pada ramai orang apabila mereka menjadi tua. Bintik-bintik ini dikenali lipofusin. Pigmen ini menjadi kelihatan sebagai kerosakan sel pengoksidan atau radikal bebas. Kedut tertentu dan kulit kasar juga terjadi kerana kerosakan yang dijadikan oleh radikal bebas ini.

Berita baiknya ialah kebanyakkan keadaan penuaan awal boleh dielakkan. Vitamin E ialah penentang radikal bebas. Ia ketara mengurangkan kadar yang menyebabkan bintik-bintik perang dan lain-lain kerosakan. Pada kes-kes tertentu, kerosakan itu telah hilang atau dikurangkan dari segi saiz dan bilangan. Sememangnya, masa terbaik untuk memulakan pengambilan vitamin E ialah sebelum kerosakan ini berlaku sama sekali. Sebilangan penyelidik menyifatkan vitamin E sebagai bahan anti-penuaan. Berbagai kajian juga turut menyokong dakwaan positif bagi vitamin E.

Jika anda sedang menggunakan pil perancang keluarga, anda memerlukan lebih vitamin E. Disamping itu, jika anda mendapat bintik-bintik unggu atau lebam tanpa sebarang sebab meskipun anda mengambil vitamin C dengan cukup, maka anda harus menambah sedikit vitamin E.

πŸ’ŠVITAMIN C DAN SIMEN



Paraa vitamin C yang rendah nyata kelihatan pada lebam yang teruk. Sekadar terketuk pada sudut dapur sudah cukup untuk menghasilkan tompok hitam biru yang besar.

Vitamin C adalah perlu dalam membentuk bahan pelekat yang dinamakan kolagen. Bayangkan sel-sel kulit anda sebagai batu bata (protin) bahan simen yang melekatkan bata-bata dengan kukuh adalah kolagen. Tanpa simen (kolagen) yang secukupnya, bahan-bahan tertentu akan terbocor menerusi bata-bata (sel-sel kulit) tadi. Pada bahagian lebam, sebenarny darah telah terbocor melalui kolagen buruk diantara sel.

Untuk melengkapkan analogi ini, katakan anda menggunakan simen yang lemah untuk melekatkan tembok bata, maka kekuatan corak tembok itu akan roboh akhirnya. Kejadian yang sama berlaku jika kolagen yang anda hasilkan itu lemah, iaitu jika anda kekurangan vitamin C Kulit anda anda akan berbonggol dan kedut.

Vitamin C juga perlu bagi tiriod yang berfungsi secara normal. Keadaan tiriod anda harus sentiasa baik untuk menjamin kulit yang cerah laksana tembikar halus bak sutera.

Vitamin C juga merupakan penentang radikal bebas seperti vitamin E. kedua-duanya sebenarnya bertindak sama. Kedua-dua vitamin ini mempunyai tugas dan bidang masing-masing untuk melindungi sel-sel anda. Vitamin  E larut dalam lemak dan ia lebih berkesan dibahagian-bahagian berlemak sel anda, manakala vitamin  C bersifat larut air dan kesannya terbaik dibahagian sel yang berair.

Vitamin C mudah terhapus oleh pencemar udara dan air (menghisap sebungkus rokok membakar hampir 500mg vitamin c) dan stress fizikal dan mental. Ia tidak disimpan lama-lama dalam badan. Oleh kerana pengambilan vitamin C kita tidak tetap disebabkan kerapuhan vitamin ini, pengambilan tambahan rutin sekurang-kurangnya 500mg. Keluaran vitamin C berjenis pembebasan beransur dengan sistem pembebasan berdasarkan gum tumbuhan dan resin asli adalah bentuk yang terbaik. Ini akan memberikan anda pembebasan nutrient tersebut secara teratur dan lancar sepanjang hari.

Untuk kebaikkan kulit, jangan mengambil asid askorbik mentah. Makanan tambahan anda harus mengandungi vitamin C serta nutrien-nutrien yang dikenali sebagai bioflaviniod yang mengirinhi vitamin C secara semulajadi. Bioflavinoid dapat membantu mengekalkan kesempurnaan saluran-saluran darah yang  bersaiz halus, kecik dan sederhana. Biasanya saluran darah halus yang kelihatan pada muka akan hilang setelah menerima tambahan vitamin C yang baik iaitu mengandungi bioflavinoid.

πŸ’ŠLAKSATIF HERBA



Kulit ialah organ perkumuhan terbesar badan kita. Dengan adanya bahan toksin yang begitu banyak dalam badan kita yang harus dikumuhkan, kadangkala kulit kita menjadi terlalu berminyak atau bercela. Ini akan menyebabkan jerawat dan lain-lain letusan kulit. Untuk membantu melegakan beban perkumuha ini daripada kulit anda, laksatif herba yang asli digunakan sekali sekala, Herba telah lama digunakan sejak permulaan tamadun untuk mendorong pergerakkan air beaar dengan lebih pantas.

Jika anda seorang yang lazim mengambil diet yang kurang gentian, anda akan terpesona dengan kesan positif laksatif herba ini terhadap kulit anda.

πŸ’ŠTUKARKAN MINYAK ANDA



Inilah cara terbaik untuk memperbaiki kulit kering dan melengahkan kedut. Ikan air sejuk mengandungi asid-asid lemak yang berbeza. Asid-asid lemak ini dikenali sebagai asid eikosopentaenoik dan asid dokosaheksaenoik atau ringkasnya EPA dan DHA. Asid-asid berlemak ini adalah lebih berkesan bagi kulit anda berbanding jenis lain yang biasa kita makan. EPA ialah jenis yang terbaik, namun tambahan yang baik harus mengandungi keseimbangan  DHA.

Berikut ialah satu rancangan, anda harus mengurangkan lemak total dalam die anda menjadi lebih kurang 25 peratus kalori. Kemudian makanlah ikan air sejuk seperti makerel, sardin, hadok, tuna air sejuk atau salmon ikan air sejuk tiga kali seminggu. Hadkan daging merah tidak melebihi dua kali seminggu. Bila sahaja anda berpeluang memilih jenis minyak jika ianya bukan minyak zaitun (yang terbaik), cuba pilih minyak yang bersumberkan kacang, bijan atau kacang keras.

Pengambilan makanan tambahan EPA adalah perlu juga. Bagi kebanyakan kita inilah cara lebih mudah dan tidak perlu mengingatkan apa jenis ikan dan jumlah yang harus dimakan dengan betol. Kadangkala ikan itu agak mahal dan tidak semestinya berpadan dengan citarasa kita. Jadi, makanan tambahan EPA ialah jawapannya. Anda harus menerima dalam lingkungan 500mg EPA setiap hari untuk menjamin kesan yang paling baik.

Stay Tunned Cik Keen Akan sambung part seterusnya BEKALAN EKTRA BAGI KULIT. Lagi sikit je nak habis bab makanan tambahan untuk kulit yang sihat , Cik Keen akan tunaikan janji, untuk kongsi Pemilihan Produk Penjagaan Muka sesuai untuk semua jenis kulit.


Nak Copy? boleh je jangan lupa kredit ke www.vitamindotcom.blogspot.com

Sumber gambar : Google Image
Sumber Rujukan : Siri Kesihatan Lebih Sempurna


Sabtu, 15 April 2017

PEMELIHARAAN KULIT

IKUTILAH ARAHAN INI UNTUK MEROSAKKAN KULIT ANDA



Sememangnya kebanyakkan kita kini sudah maklum tentang kesan-kesan buruk matahari terhadap kulit kita. Ia boleh menyebabkan kulit kita kelihatan tua sebelum tua,  berkedut, kering dan berbintik dan kasar. Jangan risau, terdapat nutrien tertentu serta produk penjagaan muka yang boleh membantu mengurangkan atau memulihkan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

Satu lagi perosak ialah asap rokok. Bahan toksin ini menguzurkan kulit dan menyebabkan ia kurang elastik. kedut juga terbentuk dengan awal dan kulit kita nampaknya begitu sesuai untuk warna tembakau. Asap yang dimasukkan boleh jadi berasal daripada rokok anda atau rokok orang sebelah.

Bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerosakan kulit ialah kafien yang berlebihan, alkhohol dan lain-lain ubatan. Toksik perindustrian, ekzos kereta, dan toksin air juga boleh menjejaskan kulit dengan teruk

GAMBAR RAJAH 1


Lihat gamba rajah di atas, yang ini dipanggil elastin pada fiber kulit, bayangkan bila selalu terdedah kepada sinaran uv, elastin pada kulit akan berkurang menghasilkan enzim elastik untuk perbaharui sel kulit mati. Secara jelas bila selalu terdedah dengan matahari, kulit akan rosak dan belum sempat nak perbaiki sel baru terdedah lagi dengan sinaran uv tanpa protection. Sebab tu lah kulit kita boleh tua sebelum tua. Ngeri kan umur muda lagi tapi kulit dah kendur. Puteri Lilin? tak boleh kena panas langsung? pedulikan kata orang sekeliling penipisan lapisan ozon membuatkan cuaca lebih panas daripada biasa. Kesan pada kulit? semestinya !!


Berita baik ialah nutrien-nutrien tertentu boleh memberikan perlindungan daripada banyak masalah tersebut yang biasanya di luar kawalan kita.

Stay Tunned Cik Keen Akan sambung part seterusnya nutrien-nutrien yang perlu bagi kulit sihat dan cerah. Habis part nutrien Cik Keen Janji, cik keen kongsi Pemilihan Produk Penjagaan Muka sesuai untuk semua jenis kulit.

Sumber gambar : Google Image
Sumber Rujukan : Siri Kesihatan Lebih Sempurna

Nak Copy? boleh je jangan lupa kredit ke www.vitamindotcom.blogspot.com

kalau rasa bermanfaat? shared tau artikel ya.. muahh ciked


Khamis, 13 April 2017

WANITA DAN KECANTIKKAN

WANITA DAN KECANTIKKAN BUKAN SEKADAR WAJAH YANG CANTIK





Kecantikkan sejati menyinari dari dalaman, dan wanita paling jelita kecantikkan dalaman menyerlah membayangkan harmoni dalaman. Berbeza dengan pakaian dan komestik atau fesyen rambut. Kecantikan itu bergantung kepada kesihatan sempurna, fizikal, emosi, spiritual. Wanita yang inginkan kecantikkan harus terlebih dahulu memberi perhatian kecantikkan dalaman.

Sesetengah wanita mempercayai kecantikkan itu seerti dengan rupabentuk yang cantik. Mereka berasa diri mereka tidak akan menjadi menarik kerana potongan badan mereka tidak sempurna atau merasa diri mereka tidak "cun" atau "bergaya". Konsep kecantikkan bagi mereka adalah senawati, pramugari dan fesyen yang muda lagi cantik (Biasanya tiada otak) - By Dr.Bruce Miller. Wanita yang merasakan demikian kadangkala berputus asa dengan rupabentuk sendiri kerana berasa gagal memenuhi piawaian yang begitu halus, artifilisial dan tidak realistik.

Ubah cara berfikir, Cantik bukan hanya pada paras rupa, dan ketahuilah setiap wanita punya keistimewaan yang tersendiri. Jadi Serlahkan kecantikkan anda bermula dari dalaman. Istilah Cantik dan Kewanitaan Sejati bermula dari

✔πŸ’† RAMBUT YANG SIHAT

✔πŸ’† KUKU YANG CANTIK DAN SIHAT

✔πŸ’† JIKA DIJAGA RAPI DAN KEMAD AKAN MENJADIKKANNYA KELIHATAN BERSERI-SERI DAN MENAWAN.


MENGAPA MEMBERATKAN RUPA BENTUK

Kecantikkan fizikal tidak harus dianggap sebagai perkara paling penting, namun kebanyakkan  wanita masih suka kelihatan berseri-seri dan merasa menawan. Badan anda memancarkan citra diri dari dalam. Disamping itu rupa bentuk anda boleh mempengaruhi paras yakin diri serta hormat diri.

Wanita amat suka bila diri kita diberikan nilai, namun dunia sebenar tidaklah begitu, lebih-lebih lagi jika membabitkan tanggapan pertama. Kita harus sedar mengenai peri pentingnya rupa bentuk kita mempengaruhi penerimaan orang lain terhadap kita. Tanggapan pertama adalah banyak bergantung kepada rupa bentuk kita. Sejak zamah lampau Yunani Kuno, Aristotle telah dirakamkan berkata "Kecantikkan peribadi ialah pengesyoran lebih sempurna daripada sepucuk pengenalan"

Maksud tersirat "Kecantikkan Dalaman lebih Utama daripada Kecantikkan Rupa Bentuk"

Tahap permulaan rambut, kulit dan kuku yang cantik terletak pada pemakanan optimal. Dalam kehidupan moden dan teknologi yang pesat ini ramai wanita yang terperangkap dengan pemakanan serba kurang demi mencapai kecantikan maksimum. Wanita yang mengabaikan diet mereka sering menghadapi masalah pemakanan yang tidak sempurna. Permintaan,desakan di rumah, perniagaan daj kerjaya sering menjadi punca utama mengapa wanita mengabaikan pilihan pemakanan yang cermat. Akibatnya bukan sahaja kesejahteraan dalaman kita tergadai malah rupabentuk kita juga akan terjejas.

KECANTIKKAN ITU SETIPIS KULIT ANDA

Kecantikkan fizikal hanya terhad pada kulit. Ia melicinkan bonggol, sendi dan jika kesihatan anda sempurna, ia laksana batu marmar yang paling halus. Kecantikkan itu benar-benar setipis kulit anda. Apabila kita berkata "anda kelihatan begitu cantik", kita cuma memperkatakan kulitnya. Melalui kulit dapat didedahkan sejauh mana anda menghormati badan anda. Umpanya sama ada anda mengambil makanan tambahan yang betul, pemilihan penjagaan kulit muka yang betul , pemakanan yang sihat, tidak merokok.
Ia akan mendedahkan sama ada organ kita berfungsi dengan sempurna.

πŸ’†Adakah kulit anda membayangkan tentang diri anda seperti yanh di idamkan?

πŸ’† Adakah ia membayangkan diri anda sebagai seorang wanita sihat dan menarik yang menjaga badan dan diri dengan rapi?

πŸ’† Ataupun sebaliknya kulit yang kasar, kering kendur itu seakan-akan memberikan tanggapan  bahawa anda kurang berminat?

πŸ’† Apakah jenis pernyataan yang disampaikan oleh kulit mengenai kulit anda?

KULIT ORGAN PALING PENTING

Kulit adalah organ terbesar bagi badan anda. Jika ia dipanjangkan, bidangnya kira-kira sebesar 18 kaki persegi. Ini bermaksud begitu banyak sel yang harus dipelihara dan digantikan.

Kebanyakkan orang menganggap kulit sebagai organ yang pasif, tetapi ia sebenarnya sangat sibuk. Apa yang kelihatan itu akan menceritakan apa yang tersirat pada keseluruhan badan. Banyak penyakit telah menjelma pada kulit sebelum anda benar-benar merasa sakit.

TANDA AWAL PENYAKIT MELALUI KULIT

πŸ”΄ Kulit yang pucat barangkali anda kekurangan Zat Besi

πŸ”΄ Kulit yang mudah lebam disebabkan paras vitamib C yang rendah.

πŸ”΄ Ruang mata yang bengkak menunjukkan gangguan buah pinggang

πŸ”΄ KURANG TIDUR juga menyebabkan kulit anda kurang bermaya.

πŸ”΄ Stress biasanya menyebabkan kulit anda kusam dan mempercepatkan kulit anda menua lebih cepat sebelum tua.

TAHUKAH ANDA

πŸ”΄ Bila merasa MALU Kulit anda secara mendadak dipenuhi banyak darah. Ini menyebabkan muka kemerahan.

APAKAH TUGAS KULIT

kesimpulannya, wajah yang cantik datannya dari tubuh badan yang sihat, kuku yang bersih dan berkilat, kulit yang bersih serta rambut yang sihat. Bila EMPAT ELEMEN ini anda jaga. Makan kecantikkan dalaman anda akan terserlah. Ya inilah yang dikatakan NATURAL BEAUTY

STRUKTUR DAN REKABENTUK



Kulit terdiri daripada dua lapis : bahagian epidermis yang anda dapat lihat dan rasa; dan bahagian dermis yang merupakan lapis di bawah epidermis. Bahagian dermis mengandungi hujungan saraf, saluran darah, kalenjar peluh dan kalenjar minyak. Ia juga merupakan  bahagian yang sentiasa menghasilkan sel-sel kulit baru.

Apabila sel-sel baru terbentuk pada bahagian dermis, ia didorong ke bahagian epidermis untuk menggantikan sel-sel epidermis yang tua dan uzur. Sel-sel kulit yang mati sentiasa digosok atau dibuang oleh sel-sel kulit baru. Jadi bagaimana pemakanan itu dibabitkan dalam proses ini?

Bahagian dermis hanya boleh menghasilkan sel-sel kulit baru setimpal dengan nutrien-nutrient atau produk penjagaan kulit muka yang dibekalkan untuknya. Produk penjagaan muka atau nutrien-nutrien ini merupakan "bahan mentah" bagi sel-sel tersebut. Oleh itu, pemakanan dan pemilihan produk yang selamat dan berkesan adalah perlu bagi kulit yang muda dan sihat.

STAY TUNNED saya akan sambung part seterusnya PEMELIHARAAN KULIT.

Sumber Gambar : Google image
Sumber Rujukkan : Siri Kesihatan lebih sempurna

NOTA KECIK CIK KEEN
pssst : Jika rasa bermanfaat sila shared tau, kalau nak copy jangan lupa kredit : www.vitamindotcom.blogspot.com 😊


Copyright to VITAMIN DOT COM
Designed by UMIESUEstudio 2015