Assalamualaikum
Alhamdulillah saya di izinkan Allah untuk terus sebarkan ilmu tentang Indahnya Ciptaan Allah Sistem Imun Dalam Badan Manusia, syukur dah masuk part ketiga. Mengapa kita Jatuh Sakit , Adakah sistem imun kita bermasalah marilah kita sama-sama menambah ilmu mengenai sistem imun kita.
Dengan susunan organisasi yang begitu baik, kerjasama dan kecekapan, sudah tentu terfikir oleh kita bahawa sistem semacam ini mustahil boleh ditewaskan, oleh itu kita seharusnya tidak akan jatuh sakit. Namun, masalah boleh timbul. Beberapa masalah yang mungkin timbul adalah seperti berikut:-
🔴 Sesuatu pencerobohan besar-besaran oleh kuman-kuman yang dapat mengatasi Barisan Pertahanan Pertama Sistem Imun.
Barisan Pertahanan Pertama bermula apabila makrofaj berinteraksi dengan penceroboh dan berakhir dengan penolong T berbicara dengan sel B untuk mendirikan roket-roket khas (tertentu).
Disinilah tempatnya kita mahu menangkap para penceroboh ini. Jika ia dibunuh disini, maka barangkali tidak akan menyedari bahawa sesuatu pencerobohan berada di dalam badan anda. Pada Barisan Pertahana Pertama, anda tidak merasai sebarang gejala yang ketara bahawa badan anda sedang dicerobohi sepenuhnya (iaitu merasa sakit).
Bagaimanapun, jika makhluk asing itu dapat bergerak melepasi pasukan penggempur bukan khusus iaitu (Barisan Pertahana Pertama), maka penolong T tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa menekan butang merah untuk memulakan perang dunia khusus habis-habisan. Keseluruhan badan anda akan menjadi medan perang yang hebat dan anda pasti akan menunjukkan gejala-gejala sakit seperti rasa sejuk, demam, srngal-sengal otot, dan lain-lain lagi. Tambahan pula, selepas sistem imun anda akhirnya berjaya menghapus penceroboh tersebut, anda memerlukan beberapa minggu untuk memulihkan semula kekuatan anda.
Lazimnya jika sistem imun anda itu cukup kuat, sistem imun pasti akan menang. Pertempuran-pertempuran kecil harian membuktikan fakta ini. Adalah dianggarkan bahawa anda berperang dengan 'kuman' kira-kira 400 kali sehari, dan dalam tempoh yang sama 300 sel badan membarah atau diserangi kanser. Jadi, Barisan Pertahana Pertama anda secara senyap-senyap bertindak menghapuskan mahkluk-mahkluk asing ini tanpa anda menyedari bahawa satu babak Perang Bintang sedang berlangsung di dalam badan anda.
🔴 Kita mungkin terdedah kepada 'super kuman' baru yang telah berubah diri. Keseluruhan Barisan Pertama Pertahanan menjadi lembab dan lemah. Dalan tempoh susulan masa untuk sistem imun mencergaskan dirinya, para penceroboh itu terus membiak dengan menggila-gila. Apabila pasukan penggempur anda tiba di tempat kekecohan itu, didapati musuh mereka telah berkembang dan bilangannya jauh lebih besar daripada mereka. Sistem imun tetlampau lemah untuk memenangi pertempuran itu.
🔴 Sesuatu pencerobohan mungkin dapat memperdayakan sistem itu. Sel-sel kanser cubr mrmperdaya sistem imun setiap masa dan ketika. Tetapi, apa juga yang berlaku seperti ini tidak akan menjadi masalah besar sekiranya badan kita disokong oleh sistem imun yang optimum.
Alhamdulillah terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis penulisan ini. Hebatnya Sistem Imun badan berjuta-juta sel berperang melawan kuman atau serangan radikal bebas. Bagaimana jika sistem imun kita tewas dan apa yang perlu dilakukan. BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT SISTEM IMUN YANG OPTIMUM.
Insha Allah jika di beri kesempatan untuk menaip saya akab sambung Part 4 Huraian Mengenai Sistem Imun Yang Optimun.
"Kalenjar Timus Adalah Penting dalam pengeluaran Sel T"
Sumber Rujukan : Sistem Imun by Bruce Miller ( Better Health Series)
Sumber Gambar : Google Image
Tiada ulasan:
Catat Ulasan