Isnin, 30 Januari 2017

SISTEM IMUN PART 2 "Pasukan Penggempur Dalam Sistem Imun"

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Terima kasih kerana mengikuti "Apakah Sistem Imun Part 2" ,  kali ini saya ingin sambung kesinambungan  sistem imun iaitu "Penggempur Dalam Sistem Imun"
.Tajuk ini sangat panjang dan saya harap anda dapat mengikuti setiap part penulisan saya, saya sangat yakin ilmu ini sangat berguna untuk anda.

Untuk menghuraikan para pembela dalam sistem imun secara terperinci, memerlukan perkataan-perkataan yang kompleks, tindakbalas kimia dannijazah dalam bidang kimia. Bagi memudahkan kita memahaminya, ibaratkan kegiatan seumpama tanyangan sebuah filem FIKSYEN SAINS. Sistem imun bukanlah suatu gambar yang terpegun. Ia lrbih menyerupai Filem Perang Bintang dengan Watak-wataknya berada dalam gambar itu. Kita akan meneliti  para pelakonya dan melakonkan sistem ini dalam dua fasa asasnya iaitu, PERTAHANAN DAN SERANGAN.

1.1 BARISAN PARA PELAKON
✳ Terdapat berbillion-billion sel putih yang mengambil bahagian dalam sistem imun. Ia bergerak di dalam darah, sistem limfa dan di dalam ruang-ruang antara sel-sel badan kita untuk menghala kemana sahaja ia diperlukan. Untuk tujuan kita, kita akana menumpukan kepada sel-sel utama dalam badan.

1.2 AHLI-AHLI DALAM BARISAN PERTAHANAN PERTAMA
✳Mula-muka mari kita mengenal para pelakon dalam filem ini. Semua ahli dalam brisan pertama dikenali sebagai "TIDAK KHUSUS" . Ini bermakna ia akan memburu apa sahaja yang "BUKAN DIRI" bukan hanya sesuatu individu yang khusus. Matlamatnya ialah untuk menyekat mana-mana penceroboh dan tidak membenarnya bertapak. Inilah pasukan penggempur.

RAJAH 1

1.3 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN
✳Semua sel ini bermula di dalam susmsum tulang sebagai anak biak ( lihat rajah 1). Sel-sel berhijrah ke kalenjar Timus membentuk tiga Sel T. Kalenjar Timus merupakan "kilang Sel T" yang terletak di bawah sebelah atas tulang dada, kira-kira tempat terletaknya "V" pada baju yang berleher "V" atau baju blouse. Sel-sel B yang membesar dan menjadi matang dengan bantuan sumsum tulang dan sistem limfa. Makrofaj membesar dengan sendiri, tetapi ia herkecenderungan untuk berkumpul lebih banyak dalam aliran darah dan berbagai sel badan.

Sistem ini tidak pernah berhenti berehat. Ia bertugas sebagai penjaga 24 jam sehari, dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang masalah. Jelas sekali, keseluruhan sel tidak boleh berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya setiap masa, oleh itu tugas utama untuk menjaga dan memeriksa kad-kad ID sel ditanggung oleh Makrofaj.

1.4 MAKROFAJ ATAU "MAC"
✳ Perkataan ini bermakna "Pelahap Besar"  dan makan merupakan tanggungjawabnya. Tugas yang paling penting dalam sistem imun ialah mengenali "diri sendiri" anda. Jika anda disuntik dengan sebagai contoh sel arnab, makrofaj dengan serta merta akan mengenali sel ini sebagai "bukan diri" dengan serta.merta dicurigai. Makrofaj mempunyai gigi, kerana sifatnya merupakan pemakan besar. Ia berenang dan terapung-apung di sepanjang aliran darah menyentuhi apa sahaja, bahkan sekali sekala menggigit-gigit untuk memastikan sama ada benda-benda itu "diri sendiri" atau tidak. Makrofaj lazimnya merupakan sel pertama yang bersua dengan sesatu penceroboh ataupun yang menemui "bukan diri"

Makrofaj boleh mengalit bersama darah, tetapi ia juga dapat memacu sendiri (ia mempunyai (pancutan-pancutan air) dan boleh bergerak dengan pantas apabila dirangsangkan. Makanan yang disukai ialah virus hidup, bakteria dan sel-sel kanser.

Sel-sel ini juga merupakan suatu sistem pembuangan 'sampah' bagi badan kita. Terdapat banyak sisa buangan yang dikeluarkan dalam sistem imun, di samping sel -sel yang mati dan juga sampah sarap daripada reaksi biokimia. Selepas sesuatu pertempuran, terdapat banyak bakteris yang mati bertaburan di merata tempat. Makrofaj memakan sebahagian besar sisa buangan ini. Semasa sesuatu pertempuran berlaku, apabila banyak sampah dikeluarkan, makrofaj akan membiak dengan begitu cepat dan berjuta-juta lagi puaknya akan datang membantu. Ia mempunyai suatu sistem komputer yang boleh mengesahkan "diri sendiri" meskipun sistem ini agak sederhana. Jika ia mrnghadapi sebarang masalah mengenai pengenalpastian, ia akan meminta bantuan Sel Penolong T untuk membuat pengesahan.

 1.5 SEL PENOLONG T
✳ Jika sistem imun diibaratkan sebagai sebuah okestra, maka sel penolong T merupakan pemimpinnya. Ia mengarah dan merangsangkan keseluruhan sistem untuk pergi berperang.

Penolong T berkerjasama dengan makrofaj untuk mengenal pasti " diri sendiri". Penolong T mempunyai komputer yanh amat canggih. Sekiranya makrofaj mempunyai sebarang soalan, maka penolong T boleh menyambungkan komputer makrofaj dan dengan itu mereka dapat bertukar-tukar maklumat. Tambahan pula, dengan hanya menghidupkan sistem imun, sel penolong T akan merangsangkan seluruh sistem imun. Ia memulakan pertempuran dan meneruskannya sambil mendorong dan merangsang ke tahap yang lebih tinggi. Demi mewujudkan keseimbangan, sesuatu mestilah bertindak untuk mententeramkan keadan selepas perperangan tamat. Maka disinilah sel-sel Penindas T memainkan peranan.

1.6 SEL PENINDAS T
✳ Sel penindas T mententeramkan semula sistem imun setelah kegamatan perang tamat. Terdapat keseimbangan antara para penolong dan para penindas. Apabila perperangan dimenangi, para penindas akan memperlahankan aktiviti dan memulihkan kembali sistem itu ke kedudukan "berjaga-jaga"

1.7 SEL B
✳ Sel-sel ini mengeluarkan "penyembur kepinding" , juga dikenali sebagai 'antibodi'  (Peluru berbentuk "Y"). Ini merupakan kimia-kimia khusus untuk memusnahkan atau meneutralisasikan jisim-jisim "bukan diri". Setiap antibodi direkabentuk khas satu organisme penceroboh tertentu. Antibodi ini boleh membunuh sesuatu makhluk asing dengan serta merta atau mensasarnya untuk dibunuh kemudian kelak. Penolong T menghantar maklumat terperinci mengenai penceroboh itu kepada sel B, supaya ia dapat merumuskan antibodi yang sesuai untuknya. Sel-sel penolong T juga mendorong sel B untuk menyerang penceroboh itu dengan menggunakan antibodi. Setelah krisis ini berlalu penindas T akan menghentikan proses ini.

1.8 SEL PEMBUNUH T
✳ Anggota terakhir dalam barisan para pelakon merupakan bermacam jenis bersifat "Rambo" . Ia seolah-olah seperti seorang pembunuh upahan yang begitu keras sifatnya. Ia bersenjata lengkap dan bersedia membunuh sebaik sahaja disentuhi. Bahkan ia juga membawa senjata-senjata untuk perang kimia. Ia mempunyai komputer yang secanggih Penolong T, berdaya mencipta "penyembur kepindingnya" serta mempunyai alat-alat pengenalpastian yang lebih baik dari makrofaj. Inilah sebabnya semua kecanggiihannya ini. Sel Pembunuh T merupakan barisan pertahan badan kita yang pertama dalam menentang sel-sel kanser. Ia mempunyai kelengkapan khas untuk mengenalpasti sel-sel "diri sendiri" yang telah rosak. Ia melepaskan tembakan peluru-peluru yang diperbuat dari protien panas ke atas para penjahat dan membunuhnya serta-merta tanpa sebarang soalan atau rayuan, sebelum membunuh sel-sel kanser itu dapat membiak dan mendatangkan bahaya.

1.9 SITOKINES 
✳ Ini merupakan istilah berkumpulan bagi semua beratus-ratus utusan kimia yang berada di antara sel-sel imun. Jarang sekali hanya sitokines dihantar secara bersendirian. Fikirkan setiap sitokines sebagai satu perkataan dalam satu "ayat" sitokines. Perkataan paling banyak kali digunakan dalam sesuatu "ayat" ialah Interferon, terutama sekali Barisan Pertahanan Pertama. Komunikasi antara sel-sel imun adalah amat penting. Bahkan suatu Pasukan Gerak Khas sistem imun yang paling cekal sekalipun akan menjadi pejuang-pejuang yang tidak berkesan sekiranya komunikasi tidak jelas. Mengetahui bila, apa dan bagaimanakah hendak melakukan serangan merupakan maklumat penting.


1.10 ANTIBODI 
✳ Ada empat semuanya, tetapi kita hanya menumpukan perhatian kepada IgM. Ini ialah peluru roket berbentuk "Y" yang dibut oleh sel B. Selalunya terdapat beberapa roket IgM yang tidak mengkhusus meluri antara sel-sel dalam mencari apa jua sasaran yang bukan diri. Ia menghentam penjahat-penjahat, sama ada membunuhnya serta merta sebaik sahaja menyentuhinya, menandainya untuk dibunuh oleh sel pembunuh atau menyalutnya drngan sesuatu yang makrofaj gemar memakanya

1.11 ANTIGEN
✳ Ini ialah apa sahaja yang diaangap sebagai bukan diri, juga dikenali sebagai penjahat, makhluk asing dan penceroboh.


1.12 RINGKASAN GAMBAR RAJAH SISTEM IMUN BERFUNGSI

✳RUJUK GAMBAR RAJAH 2 DAN 3


Gambar Rajah 2
  1. Sel mast akan mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan inflamasi, membolehkan sel imun yang lain bergegas ke kawasan bermasalah tersebut.
  2. Sebelum bantuan tiba, makrofaj dan imun sel yang telah ditempatkan di kawasan tersebut terlebih dahulu mula menyerang bakteria, memotong mereka hingga sehingga kecil-kecil dan ianya dipanggil antigen.
  3. Kemudian mereka dibawa ke nodus limfa di mana makrofaj akan bertaut kepada sel B dan sel T. Sel B mula membina antibodi khas untuk antigen atau kuman tersebut.
  4. Antibodi menggerakkan gerak balas dari sel imun tertentu seperti sel NK, makrofaj dan sel T-pembunuh untuk mengerumuni dan membunuh sel yang dijangkiti bakteria.
  5. Sel T-pembantu memberi isyarat kepada antibodi dan sel T-pembunuh untuk terus ke tempat luka.
  6. Ketika sel imun sedang menguruskan kuman, sel lain yang dipanggil platelet mula menyembuhkan luka dengan membentuk kuping yang menutupi luka.
  7. Ketika sel imun sedang menguruskan kuman, sel lain yang dipanggil platelet mula menyembuhkan luka dengan membentuk kuping yang menutupi luka.s

Gambar Rajah 3


  1. Luka pada kulit akan merosakkan sel dan membolehkan baketria memasuki tubuh, menyebabkan berak balas imun dari makrofaj dan sel imun pencuci yang lain.
  2. Sel mast akan mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan inflamasi, membolehkan sel imun yang lain bergegas ke kawasan bermasalah tersebut.
  3. Sebelum bantuan tiba, makrofaj dan imun sel yang telah ditempatkan di kawasan tersebut terlebih dahulu mula menyerang bakteria, memotong mereka hingga sehingga kecil-kecil dan ianya dipanggil antigen.
  4. Sel B, digerakkan oleh gerak balas imun yang lalu, mula membina antibodi khas untuk antigen atau kuman yang tubuh terdedah kepadanya. Antibodi menggerakkan gerak balas dari sel imun tertentu seperti sel NK, makrofaj dan sel T-pembunuh untuk mengerumuni dan membunuh sel yang dijangkiti bakteria.
  5. Sel T-pembantu memberi isyarat kepada antibodi dan sel T-pembunuh untuk terus ke tempat luka.
  6. Ketika sel imun sedang menguruskan kuman, sel lain yang dipanggil platelet mula menyembuhkan luka dengan membentuk kuping yang menutupi luka.

Sekarang kita sudah mengenali watak-watak para pelkakon filem fiksyen sains iaitu sistem imun. Untuk lebih memahami dan menerangkan MENGAPA KITA JATUH SAKIT PART 3 SISTEM IMUN DIMUSNAHKAN

Sumber Gambar : Google Image
Sumber Penulisan : Dr.Bruce Miller (Sistem Imun)
Sumbet Tambahan : www.kesihatan.biz

AKAN BERSAMBUNG PART 3 MENGAPAPA KITA JATUH SAKIT "SISTEM IMUN DIMUSNAHKAN"



Tiada ulasan:

Copyright to VITAMIN DOT COM
Designed by UMIESUEstudio 2015