Khamis, 2 Februari 2017

6 HURAIAN SISTEM IMUN YANG OPTIMUM PART 4

Assalamualaikum

Saya mulakan penulisan saya ini dengan
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah Syukur masih diberi peluang untuk menaip.Terima kasih kerana mengikuti setiap part penulisan saya. Jika anda mengikuti penulisan saya dari part satu hingga part tiga anda akan faham bagaimana sistem imun dalam badan berfungsi. Jadi disini saya akan sambung sehingga anda betul-betul faham bagaimana nak tingkatkan sistem imun supaya badan tidak mudah diserang penyakit.

Musim Demam, Musim Selesema Dan Musim Batuk sudah sinonim dengan cuaca berubah malah penyakit ini boleh berjangkit jika salah serorang ahli keluarga anda jatuh sakit atau mengidap tiga penyakit bermusim ini.

Mencegah itu sebenarnya lebih baik dari merawat.

SISTEM IMUN YANG OPTIMUM

Supaya Mekanisme Imun kita dapat bertindakbalas terhadap semua kemungkinan bahaya, maka sistem imun mempunyai




Gambar Rajah 1 (Makrofaj menentang Musuh)

πŸ“ KEPANTASAN
Kepantasan di seluruh sistem adalah penting. Hampir semua penceroboh mempunyai satu ciri yang sepunya. Ia membiak dengan amat cepat. Ia dapat menewaskan sistem imun. Lebih banyak masa diberikan kepada bakteria, virus, dan sel-sel kanser untuk membiak, maka lebih besar kemungkinan sistem imun anda akan menyerah kalah dan anda akan ditimpa penyakit.

πŸ“MAKROFAJ YANG AKTIF
Makrofaj hendaklah selalu bergerak aktif. Lebih panjang masa bagi sesuatu makrofaj untuk sampai ke sesuatu penceroboh , maka lebih banyak masa untuk penceroboh itu membiak dan menjadi.lebih berbahya. Makrofaj umumnya bergerak bersama aliran darah, tetapi malangnya kadangkala kita sendiri menyebabkan ia bergerak perlahan. Berita baiknya ialah kita boleh mempercepatkan pergerakkannya dengan kelajuan yang lebih tinggi. Kita akan akan bincang untuk part seterusnya iaitu part lima bagaimana nutrien-nutrien tertentu boleh meningkatkan keberkesanan makrofaj. Buat masa ini, kenyataan yang kita boleh kemukakan mengenai sistem imun yang optimum ialag kita memerlukan  makrofaj-makrofaj yang berdaya bergerak pantas dengan bilangan yang mencukupi. Kit juga perlukan proses pengenalpastian "diri sendiri" dan "bukan diri" yang tangkas agar tiada satu penceroboh pun yang dapat berkembang tanpa kawalan.

πŸ“PASUKAN SEL T YANG SIHAT DAN SEMPURNA PERTUMBUHANNYA
Satu faktor yany besar ialah untuk mempunyai berbagai sel T dengan bilangan yang optimum. Jika MAC/ MAKROFAJ menghubungi pengawal sistem imun untuk mendapatkan bantuan sel penolong T dan tiasa satu pun yang hadir, maka sistem imun benar-benar menghadapi masalah besar.  Ia seharusnya berada dalan keadaan sihat, menumbuh dengan sempurna, dan mampu menjalankan tugasnya dengan tangkas. Penindas T seharusnya dapat bertindakbalas dengan cepat untuk menghentikan pertempuran sebaik sahaja ia berakhir.

πŸ“KALENJAR TIMUS YANG SIHAT
Kalenjar timus adalah penting dalam pengeluaran Sel T. Ia mestilah bersaiz optimum dan dalam keadaan baik . Misalnya sebuah kilang kereta mungkin dapat mengeluarkan 100 buah kereta sehari, manakala kilang yang kecil mungkin hanya dapat mengeluarkan 5 buah kereta sehari. Oleh itu, saiz kalenjar timus menentukan bilangan sel T yang dapat dikeluarkan. Beberapa perkara dalan diet kita mempengaruhi timus dan pengeluarannya.

πŸ“SEL-SEL B YANG MUDAH TERANGSANG
Sel B suka "Bersenang-senang", tetapi mereka seharusnya tidak dibiarkan banyak berehat. Bayangkan, jika penolong T masuk ke dalam makmal dan berkata kepada sel B, "Ada penceroboh yang mengeluarkan kata-kata jahat kepada adik  perempuan kau". Dan sel B tanpa berubah sikap, hanya menjawab, "Tak apalah, aku sendiri pun bencikan adik perempuanku". Ini sudah tentu tidak baik. Sel B mestilah mudah dirangsang, dan makmal itu seharusnya dalam keadaan baik dan dilengkapi sebaik-baiknya untuk memudahkan sel B membuat penyembur kepinding dan peluru-peluru roketnya. Semua yang Sel B perlukan untuk melaksanakan tugasnya hendaklah tersedia dengan kuantiti yang mencukupi dan kualiti yang baik. Bahan-bahan yanh digunakan untuk membuat penyembur kepinding dan peluru  roket ialah Vitamin-Vitamin, Mineral & Protin.

πŸ“KOMUNIKASI YANG JELAS MELALUI RANGKAIAN SELULAR
Ini adalah amat kritikal. Setiap kali melibatkan komunikasi pergerakkan dalan tindak balas imun, mungkin terdapat kelambatan dalam mengesan penceroboh, mengenalpastinya, memanggil kawalan imun, mendapatkan respon penolong T, dan sebagainya. Susulan masa di mana-mana peringkat ini adalah sangat berbahaya kepada sistem imun, dan akhirnya kesihatan anda juga.

Untuk part yang seterusnya saya akan sambung Nutrien Keimunan yang Maksimum, bagaimana Sistem Imun yang berkuasa tinggi Boleh Dicapai (CARA SEMULA JADI MANTAPKAN "PERISAI TUBUH" PART 5)

Sumber Rujukan : Sistem Imun by Bruce Miller ( Better Health Series)

Sumber Gambar : Google Image


Tiada ulasan:

Copyright to VITAMIN DOT COM
Designed by UMIESUEstudio 2015