Isnin, 26 Februari 2018

MERAWAT EKZEMA BAGI BAYI YANG MASIH MENYUSU

MERAWAT EKZEMA BAGI BAYI YANG MASIH MENYUSU




Bagi merawat eczema bayi yang masih kecil atau masih menyusu badan . SUSU IBU TIADA TOLOK BANDINGAN jika dibandingkan dengan susu formula. Dan lebih tepat tiada pengganti seperti susu ibu.
PEARASAN ATAU TIDAK di setiap paket-paket susu atau tin-tin susu formula ada ayat yang menekan kan susu ibu adalah yang terbaik.
Ibu-ibu jangan tertekan dengan kenyatan di atas ya jika sudah berusaha untuk menyusu kan baby secara semulajadi tidak mengapa untuk artikel yang bakal saya kongsikan adalah  jenis-jenis susu formula yang bersesuaian untuk bayi yang masih menyusu.
SENARAI SUSU FORMULA YANG SESUAI UNTUK BAYI  EKZEMA

  • ·        SUSU KAMBING FRESH
  • ·        SUSU ALMOND
  • ·        SUSU BERAS
  • ·        SUSU KAMBING TEPUNG
  • ·        SUSU HYPOALERGIK
  • ·        HA-SUSU SOYA > SUSU LEMBU FRESH > SUSU LEMBU FORMULA (TEPUNG)



Senarai susu di atas adalah di antara susu yang sesuai untuk baby eczema tetapi tidak semua bayi yang sesuai kena cuba satu persatu jikalau sesuai teruskan jika tidak bersesuain maka bertukarlah susu formula yang tersenarai di atas.



PERHATIAN HURAIAN JENIS SUSU YANG PERLU ANDA KETAHUI

SUSU KAMBING
Susu kambing susu terbaik  selepas susu ibu kerana kandungannya PROTIEN CASIEN A2 yang hampir dengan susu ibu. Kurang menyebabkan keradangan berbanding proti susu lembu. Susu kambing juga mengandungi lemak senang serap (MCT).

*JIKA ADA ALAHAN SULFUR
Jika ada alahan sulfur, susu kambing bukan pilihan yang sesuai, sebaliknya pilih yang dirumus khas untuk bayi untuk bayi yang bawah setahun. Susu kambing ori tinggi mineral dan sulfur semulajadi bukan sinetik atau aditif makanan tidak seuai untuk bayi.
SUSU ALMOND / BERAS
Jika bayi anda tiada alahan  badam atau beras, pilihan susu berasaskan badam ataupun beras ini amatlah sesuai. Tetapi agak mahal sedikit dan untu bayi pula kemungkinan tidak sesuai kerana tidak mengandungi latoglobulin yang memberi imuniti kepada bayi seperti susu lainya.
SUSU HA
Susu HA adalah susu lembu yang tinggu casein berbanding susu ibu , biasanya susu ini susah dicerna, formulasi HA akan senangkan penyerapan.

SUSU SOYA
Susu soya sering digunakan untuk mengganti susu lembu keran di anggap kurang alahan.
*JIKA ADA KERADANGAN HORMON
Soya merupakan phytoestrogen, ia mengandungi hormon estrogen daripada tumbuhan. Bagi bayi yang mengalami histamine intolerance perlu diketahu bahawa estrogen meningkatkan histamine jika sangat sensitif  akan cetus keradnan serta merta. Dan biasanya kesan phytoestrogen berkumpul dalam badan terutamanya pada bayi yang fungsi detoks hati masih belum matang.
SUSU LEMBU
Selain mengandungi casein A1 yang tinggi keradangan dan meningkatkan histamine, susu lembu adalah yang paling susah cerna. Susu formula juga banyak tambahan vitamin-vitamin sinetik untuk pengetahuan anda vitamin yang terkandung dalam susu formula yang terdapat dipasaran adalah vitamin yang tidak seimbang

JENIS ALAHAN PADA SUSU FORMULA

PUNCA sebenar terjadinya ekzema pada bayi masih kecil adalah sistem usus bayi bermasalah untuk mencerna setiap makanan yang masuk dalam susu. Seperti sedia maklum kejadian ini ada kaitannya dengan leaky gut.  
Berkenan dengan isu leaky gut terdapat alahan yang menyebabkan  bayi anda tidak sesuai dan harus tukar susu formula yang lain. Sila ambil perhatian untuk senari alahan yang bayi and alami

·        Alahan SULFUR
·        Alahan CASIENA1 & CASIEN A2
·        Alahan PROTIEN  A1

ALAHAN SULFUR
Alahan SULFUR adalah aditif. Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan. Jenis-jenis aditif adalah pengawet makanan, bahan pewarna, bahan perisa dan antipengoksida.
Namun alahan pada aditif makanan terutamanya alahan sulfur boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap bayi eczema. PENTINGNYA MEMBACA LABEL pada susu formula untuk mengelakkan inflammation pada kulit bayi.
ALAHAN CASIEN A1 CASIEN A2
Kebanyakkan susu formula mengambil susu daripada lembu di Australia dan New Zealand daripada baka FRIESIANS dan HOLSTIEN yang mengeluarkan susu beta Casien A1. Satu penyelidikkan tergempar telah dilakukan oleh KEITH WOODFORD dalam bukunya “The Devil In Your Milk” kata pengantar oleh DR.Thomas Cowan tentang beta casein  A1 sejenis protein yang paling biasa ditemui dalam susu pada lembu baka-baka di Eropah (tidak termasuk Perancis), di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Manakala beta casein A2 pula masih terdapat pada lembu-lembu pada baka lembu yang lebih tua seperti  JERSEY dan GUERNSEY mereka adalah keturunan NORDIC yang kemudiannya telah menetap di Perancis dan menghasilkan susu paling mudah untuk dihadam.

SEMOGA PENULISAN INI MEMBANTU IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK EKZEMA DAN

Akan bersambung untuk tajuk makanan tambahan si ibu yang masih menyusu badan untuk bayi ekzema...












Copyright to VITAMIN DOT COM
Designed by UMIESUEstudio 2015